Crab stick atau jejari ketam merupakan antara makanan yang digemari oleh setiap lapisan masyarakat. Ramai yang masih tidak tahu proses pembuatan jejari ketam tersebut kerana ramai juga yang menyangka ianya dibuat daripada isi ketam yang sebenar.
Melalui perkongsian di tiktok @asyriey, dia telah berkongsikan cara sebenar jejari ketam tersebut diproses. Menurut info yang diperoleh daripada sumber, crab stick sebenarnya tidak mengandungi isi ketam walau sedikit pun. Crab stick ini sebenarnya diproses dari pes ikan surimi. Kemudian ianya telah dicampur dengan gula, kanji, garam dan perasa ketam. Warna meraj yang didapati pada isi ketam adalah berasal dari pewarna yang berwarna merah bagi menampakkan ianya seakan-akan warna ketam.
Di ruangan komen ramai yang sudah mengetahui tentang info tersebut namun masih membelinya kerana rasanya yang sedap selain daripada ianya masih halal untuk dimakan.
“Dah tau lama dh.. Yg penting tetap sedap n halal…”
“ramai yg dah tahu , yg penting kandungan halal . Isi ikan pun sedap jee”
“Feberet ni…..tau dah..tp mmg suka beli”
Baca juga : Beli Tasbih Sampai Boleh Kongsi Satu Saf, Ramai Terhibur Lihat Tasbih Panjang Ini
Baca juga : Peguam Kongsi Cara ‘Ajar’ Jiran Yang Suka Parking Di Hadapan Rumah
Lihat perkongsian di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@cg.ja : ramai yg jual kt tepi2 jln kawasan tumpuan pelancong
@Nerissa imran : yala mn nk cari isi ketam. ketam pun tak brp ada isi, kulit ja lebih
@LapisTilam : Sama lah, semlam aku beli maggi ayam. Dalam ada maggi saja. Ayam takda.. sedih
@Izzah soffea : sbb rasanya sedap lemak2 masin tu yg ramai g bli
@jebat : fish ball & fish cake pun sama kot.
@Peace 8385 : Betul.. Kita kena scam dgn process food
@QurratuainiZakariah : jadi ptutla klu demam kwn pesan buat sup ketam.beli ketam betul.bkn carb stick ni.hahaha
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram