Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok yunizam_izuan, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki yang menyiarkan satu klip durasi pendek mengenai adiknya serta rakan-rakan beliau menaiki bukit ‘batu kapal’ yang berdekatan dengan kebun ayah mereka di sana. Beliau mengatakan ketika merakamkan video klip tersebut tidak mempunyai apa-apa bunyi yang kedengaran, dan setelah mendengar semula klip ini membuatkan mereka tertanya-tanya tentang bunyi itu yang seperti muzik beralun.
Video klip ini juga telah ditular di media sosial, dan mendapat perhatian ramai yang memberikan pendapat diruangan komen.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan bunyi yang kedengaran oleh lelaki ini seperti muzik daripada ‘Gamelan’ yang berunsurkan dengan ‘alam bunian’. Ada juga yang mengatakan bunyi gamelan itu kebiasaannya ketika ‘mereka’ sedang keramaian seperti perkahwinan dan tari menari. Selain itu, segelintir netizen juga mengatakan pernah mendengar bunyi-bunyi seperti itu kerana rumahnya berdekatan dengan tasik.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 374.7K penonton, 18.9K sukaan dan 284 komen.
Pemilik akaun ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:
“Kisah dia macam ni, adik aku ni dengan member dia naik atas batu kapal dekat dusun ayah aku ni haa. Masa rakam tu takda lah bunyi yang pelik², bila dengar balik video tuu haiss lain macam bro, bunyi apa ya nak tau jugak?”
Lihat klip durasi pendek bunyi gamelan yang dikatakan oleh lelaki ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@eyya: bunyi gamelan tu , biasa alam tu tgh ada keramaian seperti perkahwinan & tari menari . dekat” rumah sy ada tasik selalu jgk dgr mcm tu
@abeliee60: alam kita cerah alam depa dh malam sbab tu hantu keluar waktu malam sbab waktu depa tgh keja merayau cri rezeki
@hajar: bunyik gamelan tu blkg rumah mak dlu mlm² selalu bunyi siap dgn efek org menyahut rmai² mcm ade gelanggang silat tp blkg umah paya & dusun je.
@Ogii_yyy: aku pernah dengar bunyi kuda kepang pergi tengok tapi tempat tu xada siapa² hanya sungai terang cahaya bulan?
@#makhluk_Allah87: bunyi dr alm seblh ni..ada keramaian brg kali dkt sana
@.: aku balik dr hiking turun pkul 5 ptg sepanjang nak turun tu dgr org bunyi gendang betul2 sebelah telinga,sama laa mcm dlm vid ni tp srs dah la hutan
@CekodokPicang: biasa dpt dgr areaw sungai mcm tu,mesti ad punya
@harizz56: x boleh dgr gamelan, serunai atau gendang nobat rasa lain mcm
@Jat_: sllu dalam kebun kadang ada bunyi cam tu ..kang kejap bau macam orang tengah goreng sesuatu ,Macam macam lagi la yang kerja kebun
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram