Durian merupakan antara buah yang digemari oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Baunya yang kuat membuatkan ramai tertarik namun tidak semua rakyat Malaysia suka akan buah ini.
Menerusi klip video yang tular di tiktok @budakdaro1061, dapat dilihat pemilik rakaman yang menunjukkan bagaimana dia membersihkan biji durian dan menanamnya semula bagi menumbuhkan pokok durian yang baru. Cara yang ditunjukkan dalam video tersebut amat mudah tetapi hasilnya perlu ditunggu 7 hingga ke 10 tahun.
1. cuci sampai bersih biji durian kemudian ketakkan dalam baldi
2. Ambik bahagian daun pisang dan sedikit dedaun hijau
3. Tutup biji durian dengan dedaun hijau dan daun pisang tadi
4. Seterusnya teduhkan biji durian selama 3 hari untuk proses semai
5. Selepas 3 hari tengok hasilnya dan dapat dilihat akan naik sedikit akar
6. Sediakan polybag dan tanah bakar
7. cucuk biji durian ke dalam tanah
8. siram sedikit air
9. nak dapat hasil tunggu 7-10 tahun
Baca juga : Longgokan Sampah Dipenuhi Kulit Durian Dipulangkan Semula Pada Tuannya, Tindakan Tersebut Disokong Ramai
Baca juga : Berniaga Durian Atas Jalan Sehingga Disaman, Tindakan Pegawai Ini Disokong Netizen
Lihat klip di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@Harris naim : tanam tapi keluar kentang.
@halim salleh403 : Sebb tu butir dia jgn telan nanti naik dlm perut
@𝙨𝙝𝙖𝙝 𝙡𝙖𝙞𝙘𝙞 : aku tanam guna niat je sehari lepastu dh tumbuh
@heels : aku fikir siput gonggong..rupanya biji durian
@leo : jenuh ah nk nunggu
@faiza : Biji durian? Tk smpat tanam dik,sbb sis dh rebus & makan( sama mcm biji nngka),sambil² minum kopi ptng².Apa²pn terima kasih atas ilmu prtanian ini.
@HanahRoslin : Dekat kg bole la tanam dgn bandar ni nnti kalau dh berbuah abis jatuh atas rumah org
@Mohd Ahsan faqeh : buat harum manis plak
PERHATIAN: Pihak Daebaking.Co tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking.Co juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber : Tiktok dan Instagram