Home News Lelaki Kantoi Tidur Di Hotel Selama 2 Tahun Secara ‘Percuma’, Rupanya Ini...

Lelaki Kantoi Tidur Di Hotel Selama 2 Tahun Secara ‘Percuma’, Rupanya Ini Yang Dilakukan Oleh Beliau

0

Ramai mengimpikan untuk menginap di hotel mewah setaraf lima bintang kerana fasiliti yang ditawarkan sangat hebat. Tambah pula dengan kos mencecah ribuan ringgit untuk semalaman menjadikan ia hanya boleh diakses orang orang kaya sahaja.

Penipuan seorang lelaki yang tinggal di sebuah hotel lima bintang hampir dua tahun menginap secara percuma akhinya terbongkar.

Difahamkan, individu tersebut telah bersubahat dengan beberapa kakitangan hotel bagi memastikan tindakannya tidak diketahui oleh pihak pengurusan hotel berkenaan.

Baca lagi: Ini 9 Tips Penting Sebelum Anda Buat Tempahan Hotel

Baca lagi: Isu Kepok Kubur Suami Dirobohkan, Wanita Ini Jelaskan Hal Yang Sebenar

Screenshot 2023 08 21 165516
(Gambar hiasan)

Lihat juga video dibawah:

Lelaki itu telah menempah bilik di Hotel Roseate House, New Delhi pada 30 Mei 2019 dan sepatutnya ‘Check Out’ pada keesokkan harinya. Walau bagaimanapun, lelaki itu telah tingal di hotel tersebut selama 603 malam sehingga dilaporkan meninggalkan pusat penginapan berkenaan pada 22 Januari 2021.

Pengurusan hotel juga mendakwa telah mengalami kerugian sebanyak $70,000 (RM325,000). Lebih menyukarkan lagi keadaan, akaun telah pun dipalsukan untuk menyembunyikan tunggakan sebenar. Pengurusan hotel turut menfailkan aduan polis terhadap beberapa kakitangan yang bersubahat dalam memanipulasi perisian dalaman.

Hal ini berikutan pihaknya mengesyaki kakitangannya berkemungkinan telah dirasuah oleh lelaki terbabit. Difahamkan, kakitangan hotel bertaraf lima bintang itu telah mendakwa memalsukan dan memadam sejumlah entri dalam akaun pelanggan.

Screenshot 2023 08 21 165414
(Gambar hiasan)

Hasil pemeriksaan rekod pegawai hotel mendedahkan bahawa mereka telah mencipta beberapa bil palsu dan yang belum selesai. Dengan berbuat sedemikian boleh memberi manfaat kepada lelaki itu dengan menggunakan pelbagai cara.

Ini termasuk bertukar bilik setiap malam daripada sepatutnya, memindahkan debitnya ke dalam bil tetamu lain, menggunakan bil tetamu lain yang diselesaikan dengan memasukkan namanya dan sebagainya.

Pihak hotel juga menuntut tindakan undang-undang dikenakan terhadap lelaki berkenaan. Walaupun, sehingga kini kes ini masih disiasat.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Sarang Burung