Home News Lelaki Sanggup Berhabis Duit Hampir RM70,000 Untuk ‘Jadi Anjing’, Sebabnya Buat Ramai...

Lelaki Sanggup Berhabis Duit Hampir RM70,000 Untuk ‘Jadi Anjing’, Sebabnya Buat Ramai Geleng Kepala

0

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Toco dari Jepun mempunyai cita-cita yang unik jika dibandingkan dengan orang lain. Daripada menjadi doktor atau profesion lain yang diimpikan kebanyakan orang, lelaki ini mahu menjadi haiwan.

Baru-baru ini lelaki Jepun ini tular di media sosial kerana ‘berubah’ menjadi seekor anjing. Toco mendedahkan bahawa ini adalah impian zaman kanak-kanaknya.

“Keinginan ini (menjadi binatang) sudah lama, bahkan sejak saya masih kecil lagi. Sukar untuk saya jelaskan apa yang mendorong saya ingin jadi haiwan”-kata Toco

Baca lagi: Duit Bertukar Jadi Bantal, Lelaki Rugi Sebanyak RM22,000 Akibat Percaya Bomoh

Baca lagi: Tak Sangka Kasut Dari Syarikat Terkenal Mengandungi ‘Kulit Babi’, Sekali Pihaknya Beri Respon Mengenai Isu Ini

Screenshot 2023 08 21 110537

Lihat juga video dibawah:

Lelaki ini mengatakan beliau memilih anjing sebagai ‘ideal sebenar’ kerana cintanya pada haiwan tersebut. Selain itu, dia juga menganggap anjing ini besar dan tidak terlalu jauh dari badan manusia.

“Sebabnya kerana ini (anjing) adalah haiwan kegemaran saya dan saiznya. Saya sangat suka haiwan comel berkaki empat. Selain saya suka anjing Collie, saiznya juga mengikut badan saya”

Menerusi perkongsian dari media sosial, syarikat yang mengeluarkan kostum anjing Collie Toco Zeppet mengatakan bahawa kostum itu mengambil masa 40 hari untuk membuat pakaian tersebut. Dikatakan kos membuat kostum itu cecah RM64,000 atau 2 juta yen.

Kisah ini juga telah menarik perhatian ramai, serta memberi reaksi pelbagai dari warganet yang berasa aneh dengan ‘cita-cita’ lelaki dari Jepun ini.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang