Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok wanzaquan9, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar barang, mendapat rezeki yang beliau sendiri tidak sangka. Apa yang kita lihat seperti dalam video klip ini, beliau mendapat beberapa kertas yang ditulis oleh tuan rumah bahawa meminta lelaki ini untuk meletakkan barang tersebut di atas meja.
Apabila lelaki ini sudah memasuki rumahnya dan ingin meletakkan barang tersebut, beliau perasan ada satu sampul serta kertas yang mengatakan dalam sampul itu mempunyai duit sebanyak RM50 untuk bayaran barangnya bernilai RM30, dan baki selebihnya pemilik rumah tersebut beri kepada penghantar barang tersebut sebagai ‘upah’.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan tindakan pemilik rumah tersebut sememangnya layak mendapat pujian daripada orang ramai kerana menjadi manusia yang baik. Ada juga yang mengatakan, mereka juga melakukan perkara yang sama memberikan sedikit wang atau minuman kepada penghantar barang.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 814.3K penonton, 41.7K sukaan dan 1035 komen.
Pemilik video klip ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:
“Alhamdulillah, Rezeki memang tak pernah salah alamat”
Baca lagi: Hanya Bekerja Sebagai Penghantar Barang, Gaji Lelaki Ini Cecah RM43,000
Baca lagi: Pelanggan Tegur Nasi Lemak Ayam RM2 ‘Mahal’, Sekali Reaksi Peniaga Ini Tarik Perhatian Ramai
Lihat klip durasi pendek reaksi lelaki ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@PuteHati: aku selalu buat cmni sbb aku rasa hepi ngn abg² delivery area umah sy ni, sgt friendly smua baik2 so kita lyan baik jg
@CincauSedap: Alhamdulillah,owner memahami tugas abg courier berpanas berhujan mnghantar pesanan pelanggan. Rezeki awak bro.
@Rara cakey n cookies: Teringat cod umah India bagi 20 Keep The change katanya.. tgk balik ceh podah 19.90 .. 10 sen je hahhahaha
@SUHA3108: ak suka pilih cod sbb asal dtg suka bg duet lebih buat beli air..klo xde dkt rumah je terpaksa pilih on9 bankin
@Asyikeen@2707: saya pun mcm ni jgak .klau adik2 yg anta parcel sy..sy akn lebih kn duit tu.
@NAGEENA CRYSTAL: itu la yg selalu diamalkan tk salahknlan klu kite memudahkan urusan lain dn selebih ye niatkn sj sebagai sedekah
@julaila: Moga dimurahkan rezki dan dimudahkn urusan para petugas delivery…termasuk ank sy jg dgn shopi.
@MAYAIRIS20: Sy pun kdg bg extra,kesian rumah sy tingkat4..kdg² hujan dieorg hantar..
@ina: selalu juga buat cm ni..letak dkt mana2 tempt suruh dia ambik aje duit nya.sebb diaorg boleh dipercayai.selalu sgt cod brg
@reen2802: Hahaha.. sebijik sikap ank² sy. Rezeki utk abg² yg cod katanya
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram