Sejak akhir-akhir ini filem dari negara seberang berjudul KKN Di Desa Penari telah menjadi bualan hangat ramai. Sebuah filem adaptasi dari kisah benar yang mengisahkan tentang kejadian menimpa beberapa pelajar.
Kejadian mistik yang berlaku itu telah difilemkan dia ia menjadi antara sebab mengapa ramai tertarik untuk menyaksikannya. Biarpun filem KKN Di Desa Penari sebenarnya tidaklah seram mana serta babak dipaparkan juga ‘kureng’, namun satu perkongsian video baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai.
Dalam rakaman yang tular itu kelihatan satu individu terbaring di lantai dan sedang dipegang oleh orang ramai. Individu itu didakwa dirasuk selepas tonton filem tular tersebut.
Berikut adalah perkongsian satu rakaman pendek yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun allhamii:
@allhamii Apa cerita ni orang kuantan ? katanya lepas tengok KKN #wayang #foryoupage #masukberanda #fyp
Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Kuantan, Pahang. Perkongsian rakaman individu didakwa dirasuk selepas tonton filem tular ini telah meraih lebih 1.2 juta tontonan dan 60 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:
“Muzik nya yang menyeru..Sesiapa yang tak kuat jangan dengar muziknya”
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: HCL