Lies Hidden In My Garden adalah drama siri hasil kolaborasi stesen TV ENA dan Studio Genie.
Mengusung genre misteri thriller, drama siri ini diarahkan oleh Jung Jin Hyung. Dia juga sebelum ini pernah mengarahkan drama-drama popular Mr. Sunshine, Search:WWW, dan Twenty Nine Twenty Five.
“Lies Hidden In My Garden” yang diadaptasi dari novel best seller ini menceritakan tentang kehidupan Moon Jo Ran (Kim Tae Hee) yang terganggu setelah mencium bau busuk dari halaman rumahnya. Dari situlah, terbongkar banyak misteri mengejutkan yang melibatkan suaminya. Takdir juga mempertemukan Moon Jo Ran dengan Chu Sang Eun (Lim Ji Yeon).
Dua episod perdana drama Lies Hidden My Garden yang telah ditayangkan berjaya membuat para penonton menghela nafas panjang kerana suasana tegang dan cemas yang berjaya dihasilkan dalam plotnya.
Berikut merupakan sepuluh highlight episod 1 dan 2 drama siri Lies Hidden In My Garden, jom sama-sama kita lihat:
1. Moon Jo Ran mempunyai masalah gangguan anxiety yang disebabkan trauma masa lalu. Gambaran kakaknya yang telah meninggal kerap kali menghantuinya
2. Park Jae Ho (Kim Sung Oh) adalah suami dan ayah yang baik. Dia selalu menenangkan Moon Jo Ran ketika sedang dilanda rasa panik dan anxiety
3. Pindah ke rumah baru yang mewah, Moon Jo Ran mencium bau busuk yang berasal dari halaman rumah
4. Park Jae Ho meyakinkan Moon Jo Ran bahawa bau busuk yang menyerbak di rumah mereka berasal dari bau baja organik
5. Sedang hamil 5 bulan, Chu Sang Eun selalu berhadapan dengan penderaan dan kekerasan rumah tangga yang dilakukan oleh suaminya, iaitu Kim Yoen Boem (Choi Jae Rim)
6. Chu Sang Eun berniat untuk melaporkan Kim Yeon Boem kepada pihak polis atas tindakan keganasan rumah tangga tersebut. Dia mengumpulkan bukti-bukti untuk menyokong dakwaan dan laporannya nanti
7. Kim Yeon Boen mengetahui rahsia penting Park Jae Ho. Dia datang ke rumah Park Jae Ho dengan niat untuk mengancam dan memeras ugut
8. Semakin terganggu dengan bau busuk yang kian menyengat, Moon Jo Ran menggali halaman rumahnya. Dia menemui tangan manusia
9. Park Jae Ho meyakinkan isterinya bahawa tangan manusia yang dilihat oleh Moon Jo Ran hanya ilusi belaka. Dia menegaskan bahawa tiada mayat tertanam di halaman rumah mereka
10. Pagi hari ketika sedang menginap di rumah ibunya, Chu Sang Eun mendapat berita bahawa Kim Yoen Boen telah meninggal dunia
Durasi 1 jam tidak terasa lama kerana drama siri ini memiliki tempo yang cepat dan jalan cerita yang begitu menarik. Sinematografi dan tona yang ditampilkan juga membuatkan terciptanya vibe yang menegangkan serta mendebarkan. Misteri yang ditampilkan makin membuat penonton tidak sabar menunggu episod yang berikutnya.