Home Entertainment Lies Hidden In My Garden, 10 Plot Twist Paling Mengejutkan

Lies Hidden In My Garden, 10 Plot Twist Paling Mengejutkan

0

Lies Hidden In My Garden tamat dengan ending yang cukup unik. Drama siri ini menonjolkan kebahagiaan dua watak utamanya dengan cara yang keji. Moon Joo Ran (Kim Tae Hee) dan Chu Sang Eun (Lim Ji Yeon) perlu menyingkirkan suami mereka agar hidup mereka bebas dan bahagia.

Dari banyak-banyak Kdrama, Lies Hidden In My Garden dianggap sebagai salah satu drama siri dengan banyak plot twist yang mengejutkan dan tidak dijangka. Setiap adegan dan kejadian disajikan secara terperinci tanpa sebarang petunjuk kepada para penonton, hingga kebenaran akhirnya disampaikan pada akhir cerita.

Berikut ini adalah 10 plot twist drama siri comeback pelakon Kim Tae Hee dan Lim Ji Yeon dalam Lies Hidden In My Garden:

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler.

1. Pembunuh Kim Yoon Beom (Choi Jae Rim) adalah isterinya sendiri, Chu Sang Eun. Saat terlelap kerana diberi ubat tidur, dia ditolak bersama keretanya ke dalam tasik

Lies hidden in my garden

2. Yoon Myung Soon (Cha Mi Kyung) mengetahui anaknya membunuh menantunya. Dia melarikan diri dari anaknya dan memilih untuk tinggal di rumah kebajikan

fa1dc882 6140 4df8 bced 20990dd3b91c

3. Lee Soo Min (Yoon Ga I) mengandungkan anak Park Jae Ho. Dia terluka dan meninggal kerana ditolak hingga jatuh dari tangga oleh Park Seung Jae (Cha Sung Je)

db82bd75 9a3e 4241 8475 939d6b50f7d6 1

4. Demi menutup kesalahan anaknya tersebut, Park Jae Ho (Kim Sung Oh) sanggup membunuh Lee Soo Min dan membuang mayatnya di tengah hutan

23c92d9a de4d 44f0 a75a 55b9322f74a4

5. Moon Joo Ran bekerja sama dengan Chu Sang Eun untuk membunuh suaminya demi melindungi anaknya. Ini juga menghilangkan jejak pembunuhan dari keluarganya

7fdbee25 a755 464c 9032 3c19ada4306a

6. Namun ternyata Park Jae Ho sedar niat jahat isterinya. Dia menyerang mereka berdua dan hampir membunuh kedua-duanya

fbd7dda3 509e 43b2 8d94 1c428b59c0e5

7. Moon Joo Ran akhirnya membunuh suaminya dengan tangannya sendiri tanpa bantuan orang lain. Dia berakhir meringkuk dalam penjara

5fc6c870 d159 40c4 8216 38e65751f02a

8. Selain itu, Moon Joo Ran memberi kesaksian palsu bahawa mendiang suaminya adalah pembunuh sebenar Kim Yoon Beom

e0528681 e9b1 4c49 918f 8507fe84b58c

9. Hasil kesaksian palsu itu, Chu Sang Eun memperoleh bayaran insurans suaminya dan hidup bahagia bersama bayinya, padahal dia adalah pembunuh suaminya

f1e97be3 f3ef 447d 924b 7388cb6fa8fc 1

10. Oh Hae Soo (Jung Woon Sun) ternyata bukan pembunuh. Dia hanyalah isteri yang taat yang tidak sedar bahawa hidup dalam satu rumah bersama mayat suaminya

45f6a688 6474 4d15 867d aa6401302c96

Jika anda adalah peminta setia drama siri dengan banyak plot twist yang tidak dijangka, anda wajib menonton drama siri Lies Hidden In My Garden yang baru sahaja tamat pada 11 Julai 2023. Lebih-lebih lagi drama siri thriller ini berjaya membuat penontonnya meremang dengan jalan cerita dan setiap adegan yang ditampilkan.

Di antara sepuluh plot twist di atas, manakah yang berjaya membuat anda terkejut?

Baca lagi: Lies Hidden In My Garden, Ending Yang Sadis Tapi Memuaskan
Baca juga: Kod Netflix: Cara Akses Filem dan Siri Tersembunyi