Home News Lies Hidden In My Garden – 7 Perkara Mencurigakan Tentang Park Jae...

Lies Hidden In My Garden – 7 Perkara Mencurigakan Tentang Park Jae Ho

0

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler!

Dalam drama siri Lies Hidden In My Garden (2023), Park Jae Ho (Kim Sung-oh) merupakan seorang doktor yang sangat berjaya.

Hidupnya juga semakin sempurna dengan kehadiran isteri tersayang yang bernama Moon Joo Ran (Kim Tae Hee) dan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Park Seung Jae (Cha Sung Jae).

IMG 2261 46720f85 5fc6 4288 b800 3d596342c95a

Di sebalik kejayaannya yang gemilang tersebut, keluarga kecil Park Jae Ho sebenarnya sedang mengalami kejadian yang cukup aneh, mencurigakan dan juga misteri. Belum lagi diketahui secara pasti apa yang mereka lalui pada masa lalu.

Baca lagi: 6 fakta Kdrama “Lies Hidden in My Garden”, bakal tayang 19 Jun

Namun, terdapat beberapa petunjuk yang mencurigakan yang mengarah kepada Park Jae Ho. Jom sama-sama kita lihat ulasan berikut ini.

Lies hidden in my garden

1. Moon Joo Ran mengalami kemurungan selepas menemui mayat saudaranya yang terbunuh secara tragis di rumahnya

IMG 25172. Perkara ini membuatkan Moon Joo Ran takut untuk bertemu dengan orang baru sehingga dia membataskan hubungan sosial dan pergaulannya. Lebih parah lagi, di juga mula berhalusinasi

IMG 25183. Pada suatu ketika, Moon Joo Ran mencium bau sangat busuk hingga dia menjumpai tangan manusia yang tertanam di halaman belakang rumah

280958a8 3ce4 4a9f 896c 5361abe5dbd74. Park Jae Ho sangat berusaha keras untuk mengalihkan perhatian dan fikiran isterinya dengan mengatakan bahawa semua ini hanyalah halusinasi belaka

Baca juga: “Lies Hidden In My Garden” – 2 Sebab Kim Tae Hee & Lim Ji Yeon Membintangi Kdrama Ini

db82bd75 9a3e 4241 8475 939d6b50f7d65. Moon Joo Ran yang telah lama merasa curiga terhadap suaminya turut melarang anak mereka untuk meminum susu buatan ayahnya

IMG 25196. Tidak lama selepas itu, kawan kepada Park Jae Ho ditemui meninggal secara mengejut setelah pulang dari akiviti memancing bersama dengannya, walau bagaimanapun dia mempunyai alibi yang menunjukkan dia sedang berada di perpustakaan pada waktu kematian kawannya berlaku

432eefd3 d36f 480b aa97 55b0cc4bb7837. Ramai juga penonton yang beranggapan bahawa pembunuh kepada saudara Moon Joo Ran dan rakan Park Jae Ho adalah Park Jae Ho itu sendiri

Walaupun baru ditayangkan sebanyak 2 episod sahaja, Lies Hidden In My Garden telah berjaya meninggalkan beberapa misteri yang membuatkan para penonton tertanya-tanya dan pening kepala.

Jadi, bagaimanakah pendapat anda? Jangan lupa untuk mencari jawapan kepada setiap misteri pada episod yang akan datang nant!

Baca lagi: “Lies Hidden In My Garden” Dibanjiri Komen Memberangsangkan

Baca juga: Persamaan Kdrama Bitch X Rich dengan The Glory