Home Entertainment “Lies Hidden In My Garden” Dibanjiri Komen Memberangsangkan

“Lies Hidden In My Garden” Dibanjiri Komen Memberangsangkan

0

Tayangan perdana “Lies Hidden In My Garden” episod 1 dibanjiri komen-komen yang memberangsangkan!

Kdrama siri terbaharu “Lies Hidden In My Garden” telah memulakan tayangan perdananya pada Isnin, 19 Jun 2023 di platform striming Prime Video dan episod kedua pada hari Selasa 20 Jun.

Sebaik sahaja menamatkan episod pertamanya, kdrama siri lakonan dan gandingan hebat dari Kim Tae Hee dan Lim Ji Yeon ini serta merta mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari netizen.

IMG 1761 1

Kdrama ENA ini telah dinanti-nantikan oleh para penggemar genrenya dan juga kekuatan barisan pelakonnya yang dibintangi oleh 2 pelakon wanita yang cukup popular membuatkan lagi kdrama ini menjadi bualan hangat sejak sebelum tayangannya lagi.

RECAP EPISOD PERTAMA

Pada 19 Jun, “Lies Hidden In My Garden” menggambarkan satu intro yang sungguh misteri dimana Kim Tae Hee yang melakonkan watak sebagai Moon Jo Ran dilihat berada dalam hutan berseorangan, yang kemudian muncul seorang budak lelaki memakai topeng binatang bersembunyi disebalik pohon mengintai Kim Tae Hee.

Kisah silam Kim Tae Hee yang begitu pahit dan memeritkan telah membawa keluarganya yang sebelum ini menetap di Seoul, berpindah ke daerah lain yang lebih jauh dan terpencil. Namun tempat tinggal baharu mereka ini dikelilingi dengan kejiranan yang sangat ramah.

IMG 2258 IMG 2253

Keraguan Kim Tae Hee mula terjadi apabila dia terhidu bau busuk yang sangat mencurigakan datang dari halaman belakang rumahnya. Sang suami dan anak lelakinya seolah mengetahui sesuatu tetapi cuba mengelak dari prasangka buruk Kim Tae Hee.

Di babak lain, Lim Ji Yeon dilihat bermati-matian cuba melarikan diri daripada hubungan toksiknya. Watak Lim Ji Yeon, sebagai Sang Eun, sedang hamil lima bulan, mengalami penderaan fizikal dan mental dari suaminya.

IMG 1764 IMG 2251

Sang Eun dilihat telah menyembunyikan rakaman cctv di atas almari bagi mengumpulkan bukti secara senyap-senyap dirinya didera.

APA KOMEN-KOMEN DARI PEMINAT?

Lies hidden in my garden

  • “Serius, satu jam terasa seperti 10 minit, LOL. Sesiapa yang menghasilkan ini adalah yang terbaik.”
  • “Lim Ji Yeon sememangnya yang terbaik. Saya mahu memberikannya semua anugerah.”
  • “Di mana hendak distrim?”
  • “Ia menyeronokkan, tetapi ia menakutkan.”
  • “Memang seronok. Ia adalah thriller, dan setiap plot nampaknya dirakam dengan tujuan. Ia menyeramkan, dan saya tidak mahu terlepas satu plot pun. Ia dibuat dengan sangat baik.”
  • “Ia betul-betul menakutkan.”
  • “Memang seronok, LOL.”
  • “Sejujurnya, cerita itu tidak boleh diramalkan, dan tidak banyak dialog, tetapi ia membuatkan anda cemas AF.”
  • “Lim Ji Yeon sangat pandai berlakon.”

IMG 2257

Bagaimana pula dengan anda? Sudahkah anda menonton episod pertama dan kedua? Jom kita tonton treler dalam pautan di bawah ini:

Baca lagi: “Lies Hidden In My Garden” – 2 Sebab Kim Tae Hee & Lim Ji Yeon Membintangi Kdrama Ini

Baca juga: 6 fakta Kdrama “Lies Hidden in My Garden”, bakal tayang 19 Jun