Home Entertainment “Lies Hidden in My Garden” – Mukbang Jjajjangmyeon Lim Ji Yeon Selepas...

“Lies Hidden in My Garden” – Mukbang Jjajjangmyeon Lim Ji Yeon Selepas Suaminya Mati Mengiurkan Penonton

0

Mukbang Lim Ji Yeon dalam ‘Lies Hidden in My Garden’ membuatkan penonton mengidam Jjajjangmyeon

Lim Ji Yeon mendapat perhatian sekali lagi kerana kemahiran lakonannya yang luar biasa!

Lies hidden in my garden

Kali ini Mukbangnya menjadi tumpuan, menyebabkan penonton mengidam makanan yang sedang dimakan.

Pada 21 Jun, pelbagai kata kunci seperti “Lies Hidden in My Garden” dan “Meal After Husband’s Death” menjadi trend di pelbagai platform media sosial dan komuniti dalam talian berikutan tayangan perdana drama ‘Lies Hidden in My Garden.’ 

Pelbagai siaran dalam talian termasuk adegan dari Kdrama bersiri “Lies Hidden In My Garden” di mana Chu Sang Eun (lakonan Lim Ji Yeon) sedang makan Jjajang Myeon (Mi dalam Sos Kacang Hitam) sambil meneguk air Cola dengan begitu lahap dan berselera setelah mendapati suaminya yang kaki dera mati dibunuh.

Adegan itu menunjukkan watak Chu Sang Eun pergi ke sebuah restoran dan melahap semangkuk Jjajang Myeon, Tangsuyuk, dan ladu selepas melalui soal siasat dengan polis atas kematian suaminya, yang pernah menderanya.

IMG 2783 IMG 1764 1

Selepas episod itu disiarkan, netizen menggunakan media sosial untuk menyiarkan gambar yang menyatakan mereka telah memesan benda yang sama yang dimakan Lim Ji Yeon dalam drama itu. 

Ramai netizen ini mendakwa melihat pelakon itu menelan makanan membuatkan mereka mengidam Jjajang Myeon (biasanya digandingkan dengan tangsuyuk – daging babi masam manis atau daging lembu dan danmuji – acar lobak). – Sumber: www.wikitree.co.kr

IMG 2786

“Lies Hidden in My Garden’ mengisahkan tentang dua wanita yang terjerat antara satu sama lain selepas mereka mendapati bau aneh datang dari taman rumah mereka. Dibintangi oleh Kim Tae-hee, Lim Ji-yeon, Kim Sung-oh, dan Choi Jae-rim.

Drama siri thriller misteri keluarga yang menegangkan, yang menghancurkan fantasi ‘halaman rumah syurga kita’ melalui syak wasangka dan kesedaran seorang suri rumah yang menikmati kebahagiaan di rumah sempurna yang dicemburui orang lain.

IMG 2787

 

Kim Tae-hee akan membawa watak sebagai Joo Ran, seorang wanita yang lahir dan membesar dari keluarga berada. Dia berkahwin dengan seorang doktor yang bernama Jae Ho (Kim Sung-oh) dan hidup damai bahagia dalam rumah tangga yang dikurniakan dengan seorang cahaya mata.

IMG 2778

Namun konflik muncul ketika Joo Ran mencium bau aneh di halaman belakang rumah mereka. Perkara ini membuatkan Joo Ran mula menyiasat perangai suaminya, hingga akhirnya dia bertemu dengan Sang Eun (Lim Ji-yeon). Dia adalah seorang wanita yang lahir dari keluarga kurang mampu dan kini hidup sengsara akibat tekanan dari suaminya yang kerap melakukan kekerasan kepadanya.

Cerita dalam Lies Hidden in My Garden akan berkisar pada hubungan yang terjalin antara Joo Ran, dan Sang Eun. Kedua-dua wanita dari latar belakang berbeza ini memendam masalah dalam rumah tangga masing-masing.

IMG 2772 IMG 2780

Sudahkan anda mula menstrim dan tonton “Lies Hidden In My Garden”? Jika anda adalah peminat genre misteri thriller plot ala-ala “Mouse” yang penuh misteri dan teka-teki, siri ini WAJIB dalam senarai tontonan anda.

Anda boleh tonton dengan menstrim di platform OTT Prime Video pada setiap hari Isnin dan Selasa selepas jam 10 malam waktu Malaysia. Jumlah episodnya hanya 8 sahaja!

Baca lagi: “Lies Hidden In My Garden” Dibanjiri Komen Memberangsangkan
Baca juga: Lies Hidden In My Garden – 7 Perkara Mencurigakan Tentang Park Jae Ho