Dalam drama siri terbaru Lies Hidden In My Garden (2023) yang ditayangkan di platform streaming Prime Video, watak seorang wanita malang yang bernama Chu Sang Eun (Lim Ji Yeon) mempunyai liku dan dugaan kehidupan yang sangat berat.
Banyak masalah sukar yang menghimpitnya secara bertubi-tubi. Malahan, ramai kalangan penonton yang merasa kasihan dengan wataknya dan merasakan bahawa kisah hidupnya tidak sebaik watak-watak lain dalam drama siri misteri thriller Lies Hidden In My Garden.
Jom sama-sama kita lihat beberapa ulasan mengenai watak Kim Yoon Beom (Choi Jae Rim) dan Chu Sang Eun (Lim Ji Yeon):
1. Dalam Kdrama ini digambarkan bahawa kedua-dua pasangan suami isteri ini sudah lama berumah tangga
2. Kim Yoon Beom merupakan seorang yang panas baran, mempunyai sikap kasar dan cepat naik tangan, dingin, dan begitu sombong dengan orang-orang di sekelilingnya. Chu Sang Eun sering hidup dalam ketakutan kerana suaminya seorang pendera!
3. Lebih gila lagi, Kim Yoon Beom langsung tidak takut dan rasa bersalah untuk melakukan aksi keganasan rumah tangga ketika Chu Sang Eun sedang mengandungkan anaknya sendiri
4. Kerana selalu merasa ketakutan, Chu Sang Eun hinggakan tidak sempat untuk menjaga dirinya dan juga kehamilannya. Dirinya terabai, begitu juga anak dalam kandungannya
5. Tambahan pula, Kim Yoon Beom bukanlah lelaki yang bertanggungjawab dan lelaki itu membawa Chu Sang Eun hidup dalam kemiskinan, sudahlah serba tidak cukup, mental dan fizikal turut didera
6. Chu Sang Eun juga tak mempunyai tempat untuk mengadu kerana ibu kandungnya sedang menderita penyakit demensia
7. Watak Chu Sang Eun digambarkan dengan begitu suram dan menyedihkan melalui kisah peritnya yang cukup menyakitkan dan melukakan!
Walaupun demikian, watak Chu Sang Eun menjadi tumpuan tersendiri bagi drama siri Lies Hidden In My Garden. Bahkan, ramai penonton yang teruja dan ingin tahu mengenai kisah lanjut Chu Sang Eun pada episod yang akan datang. Jadi, jangan lupa untuk nantikan episod baru nanti ya!