Home K - Pop Lisa Blackpink Hangat Sebagai Duta Terbaru Prada Buat Pertunjukan Fesyen Viral.

Lisa Blackpink Hangat Sebagai Duta Terbaru Prada Buat Pertunjukan Fesyen Viral.

0

Sejak musim minggu fesyen Spring Summer 2020 tahun lalu, beberapa buah jenama fesyen terkenal mulai memperkenalkan anggota kumpulan K-pop, Blackpink sebagai tetamu jemputan utama mereka.

Ini kerana mereka sedar akan impak viral yang bakal membantu jenama fesyen masing-masing untuk mencuri perhatian seluruh dunia.

Terbaru, Lisa Blackpink telah mencetuskan fenomena di media sosial apabila kehadiran ke pertunjukan fesyen Prada di Milan semalam menjadi topik trending pertama.

156

Sebelum tiba ke acara tersebut, Lisa melakukan Instagram takeover ke atas akaun Prada untuk menayangkan dengan lebih dekat pakaian yang dipilih dan diperagakan olehnya.

157

Lisa dan Prada tidak sewenang-wenangnya memilih pakaian serba keemasan, stokin dan kasut hitam itu.Menurut Lisa, inspirasi kombinasi 2 warna tersebut diperolehi daripada stail rambutnya yang baru diwarnakan hitam.“I just dyed my hair black, so I want to make it different, katanya di Instagram story sebelum menunjukkan snek yang dibawa oleh Lisa di dalam begnya.

Comel!

155

Lisa yang juga merupakan wajah terbaru Prada di Korea sekali lagi tidak gagal untuk menjadi tumpuan ramai.Tahun lalu, dia menghadiri ke acara Celine (foto atas) di Paris manakala ahli kumpulan Blackpink yang lain ke acara fesyen berbeza.

Dah baca? Tolong like, share dan komen yang baik-baik ye. Terima kasih.

Sumber: Remaja