Liz adalah salah seorang ahli IVE yang mendapat perhatian seperti Jang Won Young dan Ahn Yu Jin. Liz mendapat banyak populariti dengan visualnya yang luar biasa yang setanding dengan Jang Won Young, selain mempunyai kemahiran menyanyi yang luar biasa menjadikannya vokal utama kumpulan itu.
Bagaimanapun, jadual yang tidak konsisten dan kerja yang tidak menentu sebagai seorang idola nampaknya telah menjejaskan Liz.
Peminat menyedari bahawa berat badan Liz makin hari makin bertambah sejak dia mula mempromosikan dengan kumpulan itu.
Peminat menjadi bimbang apabila Liz terus menambah berat badan, bermula dengan promosi “Love Dive” dan kelihatan lebih berat semasa “After Like.”
Namun begitu, peminat menjangkakan Liz akan menjalani diet pada waktu cutinya (selepas promosi After Like) dan mengharapkan dia dapat kembali ke bentuk langsingnya seperti di awal debut.
Bagaimanapun, gambar terbaru Liz semasa konsert bersama peminat di Jepun membuatkan peminat semakin bimbang.
Walaupun berat badan Liz bertambah, namun apabila dilihat dari sudut lain, dia taklah nampak gemuk sangat dan tidaklah kelihatan tidak sihat.
Malangnya, ramai pengulas dan pembenci yang berniat jahat telah mengkritik Liz dan bercakap tentang kenaikan berat badannya.
Ramai peminat berasa marah kerana Liz menghadapi kritikan semata-mata berdasarkan berat badannya, walaupun dia bekerja keras dan kebolehan menyanyi dan menari yang mengagumkan.
Peminat terus menunjukkan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi kepada Liz, menyatakan kebimbangan mereka yang mendalam terhadap komen berniat jahat yang dia terima.
Baca lagi: 6 Sebab Mengapa Jang Won Young Menjadi Bintang K-Pop Yang Digemari
Baca lagi: Liz IVE Mengejutkan Netizen Dengan Penampilan Terbarunya di Jepun
https://www.youtube.com/watch?v=fCpRLmdc75k&embeds_euri=https%3A%2F%2Fwww.allkpop.com%2F&source_ve_path=MjM4NTE&feature=emb_title
Semasa strim live baru-baru ini, seorang peminat bertanya kepada Liz bagaimana keadaannya di tengah-tengah kontroversi mengenai berat badannya. Liz menjawab bahawa dia baik-baik saja sekarang dan bahawa dia sentiasa gembira, terima kasih kepada DIVE (fandom IVE).
Dia memberi jaminan kepada peminat bahawa dia baik-baik sahaja dan menyatakan bahawa kritikan itu langsung tidak mengganggunya.
Sumber: [1]