Pada 13 September, LOCO telah membuat pengumuman di akaun Instagram, untuk memaklumkan kepada peminat bahawa dia akan berkahwin dengan teman wanita nya. Penyanyi rap itu turut menulis:
“Hi semua!”
Saya nak berkongsi berita peribadi
Selepas sahaja saya keluar daripada militari, saya telah berjumpa dengan seorang wanita yang sama usia dan kami membesar bersama-sama. Untuk sebab tertentu, saya teruja untuk meluangkan masa dengan mereka dan hubungan ini telah berubah ke fasa lain, iaitu lebih daripada persahabatan.
Setelah 2 tahun, kami sangat menghormati antara satu sama, dan memahami kerjaya masing-masing. Walaupun kami sangat sibuk, tetapi kami tetap meluangkan masa dan telah berjanji untuk membina hidup bersama.
Dia lebih daripada seorang kawan, dan sangat memahami saya. Sejujurnya saya takut dan tidak berasa yakin apabila berada di atas pentas. Saya berterima kasih kepada dia, saya merasai kebahagiaan dalam hidup tanpa rasa gusar dan ragu-ragu dalam mengambil keputusan. Peminat mungkin mengetahui ini, tetapi dia lah wanita yang saya sebut dalam lagu ‘Soy Latte’.
Kerana keadaan yang sedikit sukar ditambah pula dengan Covid-19, kami telah mengambil keputusan untuk membuat majlis secara tertutup dengan keluarga dan teman rapat kami pada musim luruh ini. Saya berterima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong saya dalam membuat keputusan ini.
Sudah lebih 10 tahun semenjak saya menceburkan diri dalam bidang ini. Saya berterima kasih kepada peminat, saya dengan rendah hati sangat menghargai setiap apa yang peminat saya lakukan. Saya akan terus menghasilkan album dan memberi persembahan yang terbaik buat peminat saya.
Terima kasih, jaga diri semua! ”
Tahniah kepada LOCO dan tunang!
Sumber: Allkpop
Baca artikel terdahulu: Untuk Raih Simpati Kes Fitnah Johnny Depp, Amber Heard Sewa Anak Angkat?