Longing for You merupakan Kdrama baharu dari ENA yang ditayangkan sejak 26 Julai 2023, dibintangi deretan pelakon termasuklah Na In-woo, Kim Ji-eun, Kwon Yul, Bae Jong-ok, Lee Kyu-han, dan Jung Sang-hoon.
Oh Jin Sung (Na In Woo) dalam drama siri Korea Longing for You merupakan seorang detektif yang berasal dari Kampung Woojin. Suatu ketika, telah terjadi sebuah kes pembunuhan bersiri yang membuatnya dipindah bertugas ke Seoul, Korea Selatan.
Detektif polis ini diarahkan untuk bergabung dalam tugas khas bersama rakan sepasukan lain iaitu Ko Young Ju (Kim Ji Eun) dan Cha Young Woon (Kwon Yul).
Sebenarnya Oh Jin Sung mempunyai sikap dan peribadi yang cukup baik. Namun, ada beberapa sikap negatif Oh Jin Sung dalam drama siri Longing for You yang tidak patut ditiru oleh kita semua.
Berikut ini adalah tujuh sikap negatif Oh Jin Sung, jangan tiru ya!
1. Oh Jin Sung mempunyai emosi yang menunjukkan sikap tidak sabar dan juga baran. Dia selalu tidak boleh mengawal emosi dirinya dengan baik
2. Sikap terhadap ibunya, Oh Jin Sung kadang kala menunjukkan sikap yang tidak baik sebagai seorang anak. Dia pernah memarahi ibunya kerana sebuah masalah dan membuatkan ibunya ketakutan dan kecil hati
3. Dia juga kadang kala akan memarahi adiknya iaitu Oh Jin Woo. Sedangkan adiknya itu sangat menyayangi dan mengambil berat tentang dirinya
4. Sewaktu sedang marah di rumah, Oh Jin Sung melemparkan barang yang ada di sekitarnya. Dia tidak mahu mendengar nasihat dari ibu dan adiknya
5. Selain itu, dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang detektif, Oh Jin Sung selalu bertindak melulu tanpa memikirkan akibat dan kesan buruk dari tindakannya
6. Sewaktu emosi terhadap penjenayah yang melakukan kejahatan yang dikejarnya, Oh Jin Sung selalu memukuli mereka mengikut perasaan amarahnya. Sedangkan sebagai seorang anggota polis, dia tidak boleh bertindak seperti itu
7. Oh Jin Sung juga sering tidak mendengar nasihat dari rakan sekerjanya sehingga tindakannya membuatkan pasukan mengalami kesukaran untuk menjalankan tugas dengannya
Sebagai seorang detektif, Oh Jin Sung sepatutnya perlu lebih memikirkan tindakannya. Sikap negatif Oh Jin Sung dalam Kdrama Longing for You ini bakal merugikan dirinya sendiri dan juga orang lain.