Kes pembunuhan bersiri dalam drama siri Longing for You (2023) sudah berakhir lama sejak episod 3 lagi.
Dalam drama Longing for You, Lee Sung Yong (Kim Ji Wan) yang merupakan pembantu jururawat di Klinik Gigi Bae Min Gyu dilaporkan sebagai suspek utama dalam kes ini.
Sayangnya, sebelum sempat disoal siasat oleh pihak polis, Lee Sung Yong terlebih dahulu ditemui dalam keadaan tidak bernyawa. Dia bunuh diri di kediamannya dan meninggalkan nota bunuh diri yang mengandungi pengakuan jenayah yang dilakukannya. Oleh sebab itu, kes pembunuhan bersiri ini akhirnya dianggap selesai.
Namun, suatu hari Oh Jin Seong (Na In-woo) dan Ko Young Ju (Kim Ji Eun) menerima satu kiriman dari seseorang yang misteri. Kiriman tersebut mengandungi bukti-bukti baru yang membuatkan pihak pendakwa raya terpaksa membuka kembali kes ini.
Apakah sebenarnya isi video tersebut? Jom sama-sama kita lihat penjelasan berikut dalam beberapa plot drama Longing for You ini.
1. Suatu malam, Oh Jin Seong mendapat kiriman video dari pengguna yang tidak diketahui yang mengandungi rakaman pembunuhan Oh Jin Woo setahun yang lalu di Bandar Woojin
2. Dari rakaman tersebut, dia kembali menyiasat perkara-perkara yang berkaitan dengan kematian adiknya, termasuk butang baju yang ditemuinya di tempat kejadian jenayah waktu itu
3. Oh Jin Seong mengunjungi butik tempat butang baju itu dijual. Ternyata, butang baju itu merupakan set limited edition yang hanya dimiliki oleh lima orang dan salah satunya adalah Bae Min Gyu
4. Di tempat lain, Ko Young Ju dan Cha Young Woon mengadakan seminar undang-undang dan mengangkat kes pembunuhan bersiri Lee Sung Yong
5. Namun, sebelum acara dimulakan, Ko Young Ju mendapat kiriman video yang mengandungi rakaman sewaktu kejadian pembunuhan bersiri tersebut
6. Dalam video itu tertera tulisan “Pembunuh sebenar adalah orang lain”, menandakan bahawa Lee Sung Yong bukanlah pembunuh sebenar selama ini
7. Ko Young Ju juga menyedari bahawa jam tangan yang dipakai oleh pembunuh hampir sama dengan jam tangan yang dipakai oleh Bae Min Gyu sewaktu disoal siasat dulu
8. Semua syak wasangka dan bukti mengarah kepada Bae Min Gyu. Pihak pendakwa raya kembali membuka kertas siasatan dan mengeluarkan waran penangkapannya
Watak Bae Min Gyu sejak awal lagi memang sudah sangat mencurigakan. Statusnya sebagai anak ahli dewan selalu memberi kelebihan kepadanya dan dia sering terlepas dari bermacam pendakwaan dan siasatan pihak berkuasa.
Namun, adakah kali ini mereka boleh menangkap Bae Min Gyu sebagai suspek dalam setiap kes pembunuhan ini? Kita tunggu jawapannya di episod terbaru Longing for You!