Home Entertainment ”Longing For You”, Kisah Balas Dendam Dengan Genre Thriller, Aksi Dan Misteri

”Longing For You”, Kisah Balas Dendam Dengan Genre Thriller, Aksi Dan Misteri

0

Longing for You merupakan Kdrama baharu dari ENA yang ditayangkan sejak 26 Julai 2023, dibintangi deretan pelakon termasuklah Na In-woo, Kim Ji-eun, Kwon Yul, Bae Jong-ok, Lee Kyu-han, dan Jung Sang-hoon.

Longing For You adalah siri bergenre thriller dan misteri dengan sebanyak 14 episod. Ia diarahkan oleh Han Chul Soo yang turut merupakan pengarah kepada drama Again My Life (2022).

Longing for you

Barisan Pelakon

  • Na In-woo sebagai Oh Jin-seong / Oh Jin-sang: seorang detektif di Balai Polis Woojin yang dipindahkan ke pasukan penyiasat khas untuk kes pembunuhan bersiri.
  • Kim Ji-eun sebagai Go Young-joo: seorang pendakwa yang memerangkap penjenayah dengan apa jua cara dan kaedah.
  • Kwon Yul sebagai Cha Young-woon: seorang pendakwa raya elit yang merupakan rakan sekerja Young-joo di Pejabat Pendakwa Daerah Pusat.
  • Bae Jong-ok sebagai Yoo Jeong-suk: Ibu Young-woon yang merupakan pengarah hospital dan pakar bedah toraks.
  • Lee Kyu-han sebagai Park Ki-young: Rakan Young-woon yang merupakan wartawan di pejabat pendakwa.
  • Jung Sang-hoon sebagai Bae Min-gyu: seorang doktor gigi yang merupakan anak kepada ahli Dewan Negara yang berpengaruh.

IMG 0323

SINOPSIS LONGING FOR YOU

Longing for You menceritakan tentang detektif bernama Oh Jin Sang (Na In Woo) yang dikenali sebagai seorang lelaki yang baik dan peramah. Sifatnya yang positif tersebut membuatkan dia disukai ramai orang disekelilingnya dan dia juga suka membantu orang lain. Selain itu, Oh Jin Sang juga sangat berdedikasi terhadap pekerjaannya.

IMG 0318

Suatu hari terjadi pembunuhan di bandar Woojin, bandar Woojin terkenal sebagai bandar yang bebas jenayah dan masyarakatnya hidup aman dan damai. Siapa sangka, pembunuhan tersebut ternyata menjadikan adik lelaki detektif Oh Jin Sang sebagai suspek pembunuhan. Oh Jin Sang yang tidak percaya pun masuk campur untuk menangani kes tersebut.

IMG 0319

Setelah menjalani proses penyiasatan, terbukti bahawa adiknya, Jin Woo (Ren), tidak terlibat dengan kes pembunuhan tersebut. Adiknya akhirnya dibebaskan dari tuduhan dan pelaku sebenar juga dapat ditangkap. Namun, tidak berapa lama kemudian adiknya diserang secara tiba-tiba sehingga akhirnya meninggal dunia.

Oh Jin Sang sangat berang dan berusaha mencari pembunuhnya. Dalam prosesnya mencari pelaku pembunuhan itu, Oh Jin Sang akan dibantu oleh sahabatnya Go Young Joo (Kim Ji Eun) yang merupakan seorang peguam.

IMG 0320

Akan tetapi, Oh Jin Sang bakal dilanda konflik dan harus terlibat dengan beberapa penemuan misteri kerana kes pembunuhan tersebut melibatkan keluarganya sendiri, rahsia demi rahsia yang bakal dirungkai satu demi satu.

Tertarik untuk menyaksikan kisah balas dendam detektif Oh Ji Sang dalam “Longing For You”? Pastikan anda tidak terlepas dari menontonnya ya!

Baca juga: Longing For You, 9 Sebab Kes Pembunuhan Bersiri Disiasat Semula
Baca lagi: Kdrama 2023 Yang Dibintangi Pelakon Extraordinary Attorney Woo
Baca juga: 15 Kdrama Sageuk Tentang Tokoh Sejarah Sebenar Era Joseon