Home News Lori ‘Panjat’ Dua Kereta Berpunca Dari Kereta Berhenti Mengejut Tarik Perhatian Netizen

Lori ‘Panjat’ Dua Kereta Berpunca Dari Kereta Berhenti Mengejut Tarik Perhatian Netizen

0

Kenderaan berat seperti lori banyak dilihat terlibat dengan kemalangan di jalan raya. Oleh sebab itu kerjaya pemandu lori amatlah berisiko.

Kejadian dikatakan berlaku di Serdang di mana sebuah lori terbabas merempuh dua kenderaan lain gara-gara sebuah kereta keluar simpang secara mengejut dalam kejadian di Jalan Lebuh Puteri, Bandar Puteri di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 11.40 pagi.

Katanya, siasatan awal dijalankan mendapati kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat di Jalan Lebuh Puteri ketika sebuah lori jenis Inokom dipandu seorang lelaki dari arah Lebuh Puteri (IOI Galeri) menghala ke KPMC Puchong.

“Lori tersebut melanggar sebuah kereta jenis Honda City yang dipercayai keluar simpang secara mengejut mengakibatkan ia terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum melanggar dua lagi kenderaan yang diletakkan berhampiran.

“Bagaimanapun, kemalangan itu tidak melibatkan kecederaan kesemua mangsa yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Anbalagan, pemandu lori serta Honda City tersebut masing-masing tidak mengalami kecederaan dalam kejadian.

“Siasatan dijalankan dibawah Peraturan 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 17 LN 166/59) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Remy Nordin di talian 0195282256. – KOSMO! ONLINE.

Baca juga : “Bahaya Kalau Lori Mcmni”-Lori Pandu Laju Serta Cucuk Rapat Belakang Kereta Buat Ramai Yang Seram

Baca juga : “Signal Pun Malas Bagi”-Rakaman Kereta Disodok Lori Sehingga Tercabut Bumper Buat Netizen Puas Hati

Lihat klip video di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat video penuh :

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Twitter mynewshub