Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Love Next Door: 3 Watak Penting Ini Dijangka akan Menjadi ‘Korban’, Nasib...

Love Next Door: 3 Watak Penting Ini Dijangka akan Menjadi ‘Korban’, Nasib Tragis

0

Drama Korea Love Next Door kini hangat dibincangkan. Konflik yang disajikan makin panas. Lebih-lebih lagi, di dua episod terbaru, watak utama, Bae Seok Ryu (Jung So Min) bertegang urat dengan kedua ibu bapanya.

Dia merasa seolah-olah dilayan penuh diskriminasi oleh ayah dan ibunya dan ternyata menyimpan rahsia tentang penyakitnya. Penonton juga semakin sangsi tentang ending drama Jung So Min dan Jung Hae In ini.

Banyak yang merasakan bahawa pihak tvN akan ‘mengorbankan’ beberapa watak penting Love Next Door, seperti yang dilakukan pada drama lain mereka. Tambahan pula, di episod awal, Choi Seung Hyo (Jung Hae In) berkeras untuk membina rumah pengkebumian.

Berikut ini adalah senarai watak penting dalam drama Korea Love Next Door yang dijangkakan penonton akan menjadi korban atau bakal dimatikan watak mereka.

1. Bae Seok Ryu

626eb70b 502b 49d1 b17e c9fe217676d7

Bae Seok Ryu merupakan calon paling kuat yang mungkin akan menjadi korban tvN dalam Love Next Door. Sebelum ini, tiada sesiapa yang menyangka dia menderita penyakit kanser perut tahap 2, sebelum episod 7–8. Penyakit tersebut sudah teruk hingga dia perlu menjalani chemotherapy dan berehat dari bekerja selama lebih kurang setahun di Grepe.

Walau sebenarnya dia sudah hampir sembuh, kebelakangan ini penyakit tersebut muncul semula semasa dia balik ke Korea Selatan. Dia dibawa ke bahagian kecemasan oleh bekas tunangnya. Oleh sebab itu, tiada orang yang mengetahui penyakitnya itu selain bekas tunangnya tersebut. Keadaan kesihatan Bae Seok Ryu inilah yang membuatnya dijangka akan menjadi korban tvN dalam Love Next Door.

Syak wasangka penonton juga semakin kuat semasa melihat Choi Seung Hyo ingin membina rumah pengkebumian. Ramai yang membuat teori bahawa rumah pengkebumian tersebut didedikasikan untuk Bae Seok Ryu yang dicintainya.

2. Seo Hye Sook

4e732b68 5d9a 400a aa55 c18149df2f9a

Seo Hye Sook (Jang Young Nam) adalah ibu Choi Seung Hyo. Dia merupakan wanita yang berjaya. Kerjayanya sebagai diplomat membuatkannya dihormati oleh ramai orang, termasuk kawan-kawannya dari kumpulan Lavender.

Walau begitu, sebenarnya Seo Hye Sook memendam rasa kesepian seorang diri. Hubungannya dengan suami kaku kerana mereka tidak terbuka antara satu sama lain. Walau tidak bertengkar, mereka jarang sekali berbual mesra. Begitu juga dengan hubungannya dengan anaknya, Choi Seung Hyo. Lebih-lebih lagi, suami dan anak Seo Hye Sook menyangka dia berlaku curang.

Teori mengenai Seo Hye Sook yang akan menjadi korban dikuatkan dengan Choi Seung Hyo yang ingin membuat rekaan rumah pengkebumian. Selepas itu, seorang pengarah wanita yang mendampingi Seung Hyo mengatakan bahawa ibunya baru sahaja meninggal dunia.

Dari situlah penonton mengesyaki bahawa sebenarnya Seung Hyo ingin membuat rekaan bagi tempat persemadian terakhir untuk ibunya.

3. Choi Seung Hyo

Love next door

Watak utama, Choi Seung Hyo, juga berkemungkinan akan menjadi korban dalam drama ini. Memang setakat ini, dia tidak menderita sebarang penyakit. Namun, cintanya yang besar kepada Bae Seok Ryu adalah akar masalahnya.

Penonton membuat teori bahawa jika penyakit Bae Seok Ryu semakin parah dan memerlukan penderma organ, Choi Seung Hyo akan menjadi orang pertama yang menawarkan diri. Dari situlah, ada kemungkinan lelaki tersebut bakal meninggal dunia. Benarkah wataknya akan dimatikan?

Walau muncul banyak teori yang berlegar-legar mengenai korban dalam drama Korea Love Next Door, penonton berharap tvN memberikan pengecualian kali ini. Mereka menyokong penuh cinta Bae Seok Ryu dan Choi Seung Hyo serta berharap mereka berdua dapat bersama tanpa sebarang luka dan duka mengenai kematian siapa pun.

Baca lagi: 3 Petunjuk “Love Next Door”, Tidak Berakhir Dengan “Sad Ending”
Baca juga: Love Next Door, Netizen Kecewa dan Berhasrat Berhenti Menonton Drama Itu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here