Home Kdrama/Kmovie Drama Korea “Love Next Door” Baru 2 Episod Tetapi Sudah Popular, Kdrama Rom-Com Pertama...

“Love Next Door” Baru 2 Episod Tetapi Sudah Popular, Kdrama Rom-Com Pertama Jung Hae In

0

Sudah lama dinantikan oleh para peminat drama Korea, akhirnya Love Next Door yang dibintangi oleh Jung Hae In dan Jung So Min telah ditayangkan.

Love Next Door menceritakan tentang Bae Seok Ryu (Jung So Min) yang berjaya di Amerika Syarikat, tetapi memutuskan untuk kembali ke rumah keluarganya di Korea dan bertemu dengan sahabat zaman kecilnya iaitu Choi Seung Hyo (Jung Hae In).

Beberapa potongan video dari drama Korea ini juga tersebar di media sosial. Penonton telah menunjukkan minat dan keterujaan mereka terhadap gandingan dari kedua-dua artis yang kini kerap disapa sebagai Jung Couple. Dengan hype yang sangat hebat, adakah Love Next Door berbaloi untuk ditonton?

Buat anda yang masih ragu-ragu, mari sama-sama kita lihat ulasan bagi drama Korea ini.

 

1. Love Next Door merupakan projek romcom pertama Jung Hae In dengan ratu rom-com Jung So Min

Love next door

Jung Hae In selama ini dikenali sebagai pelakon yang selalu mengambil projek drama genre aksi. Drama Love Next Door merupakan projek pertama bagi pelakon ini dalam genre romantik komedi (rom-com). Penampilan baru Hae In dalam balutan komedi romantik ini sememangnya dinantikan.

Tambahan pula, Jung Hae In bergandingan dengan Jung So Min yang dikenali sebagai ‘Ratu Romcom’. Gandingan antara Jung Hae In sebagai Choi Seung Hyo dan Jung So Min sebagai Bae Seok Ryu turut berjaya membuatkan penonton tersenyum sendiri.

Selain kedua-dua bintang utama ini, Love Next Door juga dibintangi oleh Kim Ji Eun yang memukau melalui lakonannya sebagai petugas medik serta pelakon yang sedang meniti populariti, Yun Ji On. Tidak ketinggalan, kemunculan para pelakon pembantu seperti Park Ji Young, Jo Han Chul, Lee Seung Hyub, Jang Young Nam, dan juga Lee Seung Joon yang membuatkan drama ini bertambah lucu.

Baca lagi: 7 Perkara Menarik Tentang Watak Jung Hae In dalam Drama Terbaru Love Next Door

2. Love Next Door sajikan kisah ringan dan berkaitan dengan kehidupan seharian

32799408 d0d3 479e 9b26 13a9b60d9a10

Selain para pelakon yang hebat, Love Next Door juga menyajikan kisah yang mudah dan ringan. Masalah hidup Choi Seung Hyo (Jung Hae In) dan Bae Seok Ryu (Jung So Min) sangat dekat dengan masyarakat secara umumnya.

Kisah makin menarik dengan keluarga Choi Seung Hyo dan Bae Seok Ryu. Setiap keluarga ini ternyata memiliki masalah tersendiri yang diceritakan secara teliti pada setiap episod baru.

Cerita wartawan Kang Dan Ho (Yun Ji On) dan petugas medik Jung Mo Eum (Kim Ji Eun) juga tidak kurang hebatnya. Lebih-lebih lagi pertemuan epik mereka yang penuh komedi dan menghiburkan.

 

3. Love Next Door tayang di Netflix dengan jumlah 16 episod

16867e16 e5b2 42db 928f 32310f1a1c55

Drama ini sangat sesuai untuk anda yang sukakan genre romantik, komedi, dan healing. Jika anda sukakan drama seperti Welcome to Samdalri dan Hometown Cha-Cha-Cha, anda bakal menikmati Love Next Door.

Jika anda berminat untuk menonton, drama Love Next Door sudah ditayangkan di Netflix pada Sabtu, 17 Ogos 2024 dan kini sudah ada dua episod perdana. Drama ini menyajikan jumlah 16 episod.

Untuk anda yang suka menonton drama ongoing, drama Love Next Door akan mengeluarkan episod baru setiap hari Sabtu dan Ahad. Jadi, anda tertarik menonton sekarang atau menunggu drama tamat terlebih dahulu untuk binge-watching?

Baca lagi: Preview Good Partner Episod 8: Perceraian Cha Eun Kyung dan Ji Sang Semakin Hangat, Ji Sang Meragui Kehamilan Sa Ra?
Baca juga: 10 Cadangan Drama Korea dengan Genre Misteri yang Menarik untuk Anda Tonton

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here