Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok adameji7, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang lelaki yang dikenali sebagai Adam, berkongsi cerita tentang sikap segelintir pekerja dari hospital kerajaan dan klinik kesihatan. Beliau mengatakan berasa kasihan apabila melihat pesakit warga emas sering dimarahi oleh misi, ketika ingin bertanyakan sesuatu walaupun dengan secara baik.
Sikap segelintir pekerja itu juga telah meraih perhatian ramai dan memberi pelbagai reaksi daripada netizen.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini sering berlaku tetapi tidak kesemua pekerja sepertimana disebutkan oleh lelaki ini. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama, dan berlaku kepada salah seorang ahli keluarganya.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 458.1K penonton, 26.4K sukaan dan 3230 komen.
Baca lagi: “Terkejut Sampai Tergolek Ya”-Gelagat Buaya Tiada Ekor Ini Buat Ramai Terhibur
Lihat klip durasi pendek respon lelaki ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@saciko83: alhamdulillah selama berurusan dgn KK dgn staff hospital kerajaan.. dipertemukan dgn nurse and DR yg baik2
@_fzlnfthh: Setakat ni tak pernah lagi kena marah dengan misi setiap kali pergi kk/hospital kerajaan. Kena check diri sendiri jugak kot
@Nuradil: Betuul sangat saya pun misi jugak. Saya pun tak faham kenapa ada jenis yang macam ni Tapi kalau dapat yang baik tu mintak doakan kami dalam hati
@mabelez7shop: sbb boss /consultant depa garang2 pada intern..tradisi staff kkm hangin kat smua kot…stress keje byk ,gaji x mcm kawan keje Dubai
@HHH: Agreed..pernah kna..that’s why slalu prefer private..x psl2 nk marah even tanya elok2..tnye elok2 nk meninggi suara..x kan sbb nak lepas penat, marah
@NaBella: Yess btul sgt thats why aku sngup gi hospital swasta gn klinik swasta
@-hanTWO: mak saya kena marah, padahal nak tanya je. nasib bapa saya tak gaduh dengan misi tu. cakap pun macam kita yg buat salah padahal tanya je
@Dino: dah jd tabiatt depa..kena sedia kan kaunter aduan setiap klinik utk report mna yg melampau tu buang kerja ja
@N: YES SAYA PERNAH KENA , masatu nak visit nenek saya , pastu saya tanya katil nya kat mana .. pastu dia cakap “terus belok kiri .. tau kiri tak ?! “
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram