Lucinta Luna sudah beberapa kali melakukan pembedahan plastik, namun dia tidak pernah berasa puas dan mahukan lebih lagi.
Dengan pembedahan plastik dia akan berasa lebih cantik dan kelihatan seperti seorang perempuan sebenar.
Terbaharu Lucinta sekali lagi menjalani pembedahan dipercayai membuang halkum dan perkara tersebut dikongsi sendiri di laman sosial Instagram miliknya.
Dia mendedahkan bahawa dia telah melakukan pembedahan tersebut di sebuah Hospital di Busan, Korea.
Dengan imejnya yang terbaru, dia menggelar dirinya sebagai Ratu 9 Nyawa. Baginya, tanpa halkum, dia masih mampu hidup seperti biasa.
Lucinta Luna akui berasa sakit untuk menelan makanan selepas menjalani pembedahan tersebut. Dia meminta agar semua mendoakannya cepat sembuh dan boleh bercakap dengan suara yang merdu.
Sumber: [1]