Home Entertainment Lufya Diserang Lelaki Yang Cuba Menculik Anaknya, Netizen Tuduh Bekas Suami Jadi...

Lufya Diserang Lelaki Yang Cuba Menculik Anaknya, Netizen Tuduh Bekas Suami Jadi Dalang?

0

Beberapa hari yang lalu, Lufya telah berkongsi satu detik yang mendebarkan di Instagram, apabila terdapat seorang lelaki yang cuba untuk menculik anak perempuannya, Laana Haura.

Menurut Lufya, kejadian tersebut berlaku di sebuah taman permainan di Kota Damansara. Lelaki tersebut telah datang menyerang dengan memukulnya di kepala dan badan dengan menggunakan sebatang kayu hingga menyebabkan kecederaan terhadapnya.

Screenshot 2022 06 29 120603

“2 hari lepas Fya diserang oleh seorang lelaki yang nak cuba menculik anak perempuan saya. Masa tu kami berada di playground Kota Damansara pada lebih kurang jam 4 petang- 5 petang .

“Seorang lelaki bersifat dayus telah memukul Fya menggunakan batang kayu ke kepala, badan serta menyebabkan kecederaan pada wajah dan badan saya.”-Kongsi Lufya

Screenshot 2022 06 29 115633

Lufya berasa sangat bersyukur kerana dapat menyelamatkan anak perempuannya itu dan mengingatkan semua orang agar peka dengan keadaan sekeliling kerana manusia sekarang ini, sanggup melakukan perkara yang tidak bermoral.

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti seperti Fasha Sandha, Puteri Sarah Liyana, Heliza Helmi, Uyaina Arshad, dan ramai lagi meluahkan rasa terkejut terhadap insiden yang berlaku, dan berdoa agar Lufya diberikan kesembuhan dengan cepat.

Screenshot 2022 06 29 120633

Screenshot 2022 06 29 120707

Ada juga netizen yang memberi komen mendakwa bekas suami Lufya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, yang mengupah seorang lelaki untuk melakukan perkara tersebut.

Walaubagaimanapun, menurut Harian Metro, Hafiz menafikan yang dia terbabit dengan insiden itu dan mendakwa tuduhan netizen itu adalah fitnah.

Katanya, dia masih berfikiran waras dan tidak sanggup menggunakan kekerasan semata-mata mahu berjumpa anak.

Terdahulu, Lufya pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor, Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laana Haura. Namun, telah membawa haluan masing-masing pada pada 17 Jun 2020.

punca dr che hafiz lufya bercerai

 

Baca lagi: IU Mempunyai Satu “Tabiat Buruk” Yang Peminat Berharap Agar Dia Berhenti Lakukannya

Baca lagi: Semua Kakitangan SM Entertainment ‘Reject’ Lagu Ini, Hanya Taeyeon Mahukan Lagu Ini Dikeluarkan

 

Sumber: [1], [2]