Khas untuk orang selalu boros, ini cara simpan duit mengikut hari bulan, setahun boleh dapat RM5,767. Ramai yang mengaku punya sikap yang boros, dapat sahaja duit gaji memang sudah ada senarai apa yang dihajati dan mahu dibeli dan pantang duit ada di tangan sahaja.
Sikap boros ini juga jadi alasan kita tak menyimpan atau menabung, tapi bagi yang memang mengaku ada sikap boros ini dan berhajat ubah sikap serta mahu menabung mungkin boleh mempraktikkan cara yang dilakukan oleh Ana Sofiana ini.
Ujar wanita ini dia memang ada sikap boros, ada sahaja duit memang habis dibelanjakan namun dengan cara ini dia berjaya menyimpan setiap bulan antara RM435 hingga RM496. Caranya adalah dengan menabung kuantiti Ringgit Malaysia mengikut hari bulan. Untuk lebih jelas boleh baca perkongsian beliau ini.
Lihat juga video dibawah:
Cara Menabung Untuk Orang Boros, Setahun Boleh Simpan Sebanyak RM5,767
1. Menyimpan Ikut Tarikh/Hari Bulan
1hb RM1
2hb RM2
3hb RM3
4hb RM4
Begitulah seterusnya untuk hari-hari hingga ke hujung bulan.
30hb RM30
31hb RM31
Dan ulang perkara yang sama untuk bulan-bulan seterusnya, yang penting simpan duit ikut tarikh ‘hari bulan’.
2. Untuk Lebih Mudah Dan Keep On Track Buat Jadual Macam Ni. Tick Setiap Hari
Jika genap 12 bulan atau setahun, kita akan dapat sebanyak RM5,767.
Cara ini sangat berkesan pada orang yang boros berbelanja. Ana terpaksa skip bulan March, April & May tahun ini sebab waktu PKP tapi total ada lah juga dapat RM4,310.
3. Hasilnya
Duit yang disimpan ini boleh:
- Buat deposit beli kereta atau beli barang kesukaan diri.
- Untuk wang hantaran atau majlis kahwin.
- Nak lengkapkan barangan dapur, rumah dan sebagainya.
- Boleh guna untuk ubah suai rumah, keperluan keluarga dan lain-lain.
- Untuk reward diri beli untuk apa yang dihajati.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda, selamat mencuba!
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang