Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok bellapark1310, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita yang dikenali sebagai Bella merupakan seorang influencer di media sosial, seperti yang dilihat dalam video klip ini reaksinya sedang berbual menggunakan bahasa Pakistan dengan warga di sana. Dikatakan beliau ke sana untuk bercuti dan berjalan-jalan ke tempat terkenal serta reaksinya ini juga telah menarik perhatian penonton.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan reaksi wanita ini berbual sambil menggunakan bahasa Pakistan bersama seorang makcik di sana sememangnya membuatkan orang ramai terpegun dengan cara beliau berkomunikasi dengan warga Pakistan. Ada juga yang memberikan pujian mengatakan bahawa cara beliau bercakap menampakkan dirinya seorang yang lemah lembut dan sopan.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 598.3K penonton, 48.6K sukaan dan 994 komen.
Baca lagi: Datang Negara Orang Minta Sedekah, Ramai Yang Marah Lihat Wanita Ini Tunjuk Jari Tengah
Baca lagi: “Disebabkan Dia, Pemandu Lain Pula Jadi Mangsa” -Reaksi Pemandu Gagal Memotong Undang Amarah Netizen
Lihat klip durasi pendek reaksi wanita ini cakap bahasa ‘Urdu’:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@daisy: tak sia2 layan hindustan dari kecik sampai la ni. faham je.
@Aleeza: pandainya bella ckp bhsa pakistan lembut pulak to
@Mimi Ziera: Pandainya ckp.. Lembut ja.. Suka tgk bella layan org tua dgn budak2
@MARWANkedah85: peminat tegar movie Hindustan ni sampai boleh cakap Urdu dgn baek skli
@MARIAMKASPI: sernok tgok bella borak , pandai nyaa.. mne la org org kt sna tk suka, ramah, cantik ,baik org nya
@_Bunga: weyyhhhh pandainye die ckp hindustan, sedap plak tu dgr
@imvio214: wey aku faham bella oii .. xsia2 aku study filem hindi dr kecik
@Kak Ai: amboi bella..fasih ckp urdu ehh..sy yg family mertua kt pakistan pun x fasih ckp urdu .balik sana bole la ckp sikit..balik malaysia trus lupa..hahahah
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram