Home Entertainment Madonna Kelihatan Muda Remaja Di Anugerah Grammy Ke-65

Madonna Kelihatan Muda Remaja Di Anugerah Grammy Ke-65

0

Madonna adalah Ratu Genre Pop yang sememangnya terkenal di seluruh dunia. Kita sudah berada di tahun 2023 tetapi Madonna masih lagi kelihatan muda dan langsung tidak dimamah usia.

Bintang pop tersohor ini sering memuat naik perkembangan terkini tentang dirinya di laman sosial Instagram miliknya. Reaksi pertama apabila menjengah ke laman Instagram penyanyi lagenda itu adalah ‘terkejut’ kerana wajahnya bukan sahaja nampak muda tetapi wajahnya langsung tidak sama dengan Madonna yang kita kenali sejak dari dulu. Pasti rahsianya adalah siri-siri pembedahan kosmetik.

35AEC48F 6CA6 4B07 BF3E 522316C504B8

24194D64 2F4C 4537 9FD3 DD4F957D5E25

Madonna memang selalu memberi kejutan kepada para peminat dengan perubahan gaya fesyen dan juga rupa paras. Baru-baru ini , artis wanita yang sudah menjengah usia 64 tahun itu muncul di acara Anugerah Grammy ke-65 sebagai salah seorang penyampai anugerah dan mengejutkan semua orang dengan penampilannya yang luar biasa.

Kulit wajahnya yang tegang, mulus dan bersinar-sinar adalah sangat ketara dan seolah-olah tiada tandingan. Perkara yang paling mengejutkan dan memukau hadirin adalah kulit wajahnya yang bersih dan seperti bebas kedutan. Bagaimana mungkin seorang wanita berusia 64 tahun boleh bebas kedutan di wajah?

54F68207 6575 4660 B6F1 8875D9D256D1 scaled

Semua mata tertumpu kepada Madonna apabila bintang itu muncul sebagai penyampai anugerah. Bintang berstatus diva itu memberi kata-kata semangat kepada semua orang yang berani melakukan apa sahaja mengikut kehendak mereka.

Dia dipetik berkata “semua orang perlu tahu bahawa keberanian yang kamu tunjukkan tidak akan menjadi sia-sia. Kamu semua didengar, dilihat dan kebanyakannya sangat-sangat dihargai!”

Penyanyi tersebut tidak pernah mengakui bahawa dia pernah membuat pembedahan plastik. Pada tahun 2012, dalam sebuah rancangan wawancara, Madonna pernah berkata “saya memang tidak pernah membenci pembedahan plastik tetapi saya memang tidak mahu langsung membincangkan tentang perkara tersebut (pembedahan plastik).”

DD74407D 7599 4EA7 A7EF 541E9A1727BC

Madonna sendiri merupakan pemenang 7 Anugerah Grammy. Bintang lagenda ini dilahirkan pada 16 Ogos 1958 di Bay City, Michigan, Amerika Syarikat. Madonna juga sangat terkenal dengan kerja-kerja kebajikan, penyanyi ini sangat dekat dengan Republik Malawi.

Dia sangat terkenal memperjuangkan nasib para pesakit HIV dan AIDS. Madonna telah menubuhkan organisasi kebajikan yang diberi nama Ray of Light Foundation sejak tahun 1998. Organisasi ini mengutamakan pendidikan dan kebajikan kanak-kanak di seluruh dunia amnya dan di Malawi khususnya.

Baca Lagi: Misteri Disebalik Patung Kumanthong Yang Diperoleh Dari Janin Yang Dikeringkan

Baca Juga: Ibu Muda Melahirkan 12 Anak 12 Tahun Berturut-Turut!!