Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok juraidamamad2, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita yang merupakan peniaga nasi lemak sedang meletakkan gula di dalam masakan sambalnya, yang dikatakan sambal tersebut akan diletakkan di dalam botol untuk dijual. Namun reaksi beliau meletakkan gula dalam masakannya pula membuatkan orang ramai terkejut apabila melihat kuantiti yang diletakkan itu terlalu banyak.
Video klip ini juga telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan gula yang diletakkan oleh peniaga ini sememangnya ‘normal’ jika ingin memasak dalam kuantiti yang banyak dan tahan lama. Ada juga yang mengatakan sukatan gula yang dibuat oleh wanita ini terlalu banyak dan beberapa kecaman komen yang dilemparkan kepada wanita ini.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 1M penonton, 11.1K sukaan dan 1360 komen.
Baca lagi: “Dorg Mmg Mkn Mcmni Untuk Jimat”-Makan Nasi Berlaukkan Air Masak, Situasi Ini Raih Perhatian Ramai
Baca lagi: “Ni Mesti Ada Benda Dalam Tu”-Ulat Penuh Dalam Tangki Raih Perhatian Ramai
Lihat klip durasi pendek reaksi peniaga ini letak berpaket gula dalam masakannya:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Panggil je makcik ema: Kelakar rasa bila ada yg pertikai org tu nk letak ape,,ikot dia laa resepi dia..dia niaga pun xmenang tgn nk handle,mksudnya brg jadiiii
@Ketupat pulut N9: saya pun penjual nasi lemak tp xde la banyak tu gula..lebihkan bawang pun sedap..sambal ada rasa pedas dan manis bawang..bergantung jenis cili..
@ynayna9696: yg komen banyak gula tu tak pernah masak ke? takkan masak sekawah gula 1 sudu jekk
@AA: Sambal nasi lemakkk memang sedap kalau ada rasa manis sambal tu. Kadang kadang beli nasi lemak tapi sambal diaorang semua tak jadi. Masin je takda –
@$a£!π@: mak aih bnyak nya gula patut lah rakyat malaysia bnyak kencing manis
@Farrah Arina: aq ni x de la pandai sgt masak tpi klu dh tgk beso tu kawah masak nya,,logik laa kot gula byk tu, klu letak 1 kg je confirm x de rasa
@Fara Sulaiman : Yg komen gula byk ni, mesti tak pernah masak skala byk…
@ezza: gula premium tu sis…nangis saya tgk… kalau ada org komen kenapa jual mahal² xtau laa sis…
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram