Kebiasaannya rumah mak ayah kita pastinya penuh dengan barangan yang sudah tidak digunakan lagi namun masih tersimpan di dalam rumah.
Seperti klip video yang tular di tiktok @aainaa.nordin, dapat dilihat situasi yang mana menunjukkan sebuah keluarga mengemas rumah mak ayah mereka yang dilihat pada awalnya penuh dengan barang-barang yang tidak digunakan seperti tupperware dan sebagainya. Mereka juga dilihat mengecat semula dinding rumah mak ayah mereka. Mereka semua melakukan aktiviti itu ketika mak ayah mereka pergi menunaikan umrah.
POV : Mak Ayah g umrah, anak-anak & menantu projek declutter & makeover
Dapat dilihat keadaan selepas rumah tersebut siap di mana ianya kelihatan lapang apabila semua barang yang tidak digunakan dibuang. Situasi tersebut telah meraih perhatian ramai.
Baca juga : Pemilik Rumah Kecewa, Penyewa Lari Dan Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak
Baca juga : Rumah Disewa Bersama Kakak Terbakar, Wanita Mengandung Anak Pertama Tiada Tempat Berteduh
Lihat klip video di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@Jieha adon : Pernah aku sewa tong roro kemas rumah mak aku.. mak aku smpai menangis2 merajuk dgn aku.. smpai dia ckp lpas ni org dtg takde cawan dah nk minum
@spanishlatte : sy buat camni kat rumah mak sy, lepas ayah meninggal. order 4 tong roro ya. lepas tu mak call kampung cakap anak2 nak halau dia
@MamaZhafra : sy pun baru kemas rumah mak. sewa tong roro. penuh tong tuh punya banyak buang. lega mata nengok rumah mak clear. salah 1 sebab pun, takut kena hisab-
@goodgirl : mak aku masuk wad kena denggi, aku dengan kakak aku settle habis pastu balik kl. lepas sembuh dia voice note, maki aku hidup takde redha
@britney : Sbg anak sulung, menantu dan mak yg suka masak, tipuware actually sgt penting untuk tapaukan tetamu/family mknn untk dorg bawak balik
@zyieyie : Fuh. naseb kite x berjiran sis. kalau x sebahagian brg kt luar tu mesti ada kt umah saya pulak.mak saya pantang sikit
@misthree : harap tak demam la org tua tu tgok umah dia
@Ug_Garage : umah mak ak mmg dia rajin ngemas. rumah mertua ak adeh. lps kawin ada dok situ setahun lebih. berkali kemaskan dapur pon kne taufan balik
@Zaki Ahamad Hosting : Nice. Ini antara taktik. Jangan mengemas depan diorang. Nanti semua takleh buang
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber : Tiktok dan Instagram