Home Lifestyle Makhluk Tersembunyi Di Sebalik Plaza Beli-Belah Terbiar Ini

Makhluk Tersembunyi Di Sebalik Plaza Beli-Belah Terbiar Ini

0

Jesse Rockwell, seorang backpacker dan jurugambar dari Amerika Syarikat terjumpa bangunan sebuah bangunan terbiar di Bangkok, Thailand dan kelihatan seperti lokasi dalam filem seram.

Sumber gambar: Bloomberg

Medan beli-belah berkenaan dikepung kesepian. Jesse mendengar bunyi kocakan air di dalamnya walaupun tempat tersebut dekat dengan jalan raya utama.

Lelaki itu juga berasa pelik mengapa tak ramai tahu tentang tempat ini walaupun ia berdekatan dengan pusat penginapan backpacker. Bila dia pergi ke sana untuk ambil gambar, rupanya ada hidupan di dalam tu.

Kemudian dia dapat tahu sejarahnya daripada penduduk tempatan.

Sejarah New World, Shopping Mall Yang Terbengkalai

Suatu ketika dahulu, gedung beli-belah di Thailand ini pernah dimeriahkan oleh pelanggan, sebelum dibanjiri oleh ribuan ikan.

1 1 1
Sumber gambar: The Verge

Pada tahun 1999, berlaku sebuah kebakaran yang melenyapkan bumbung dan sebahagian bangunan New World Mall di Bangkok ini.

Semasa musim hujan, gedung ini dinaiki air sehingga bertakung seperti kolam dan menjadi tempat pembiakan nyamuk di kawasan tersebut.

Bimbang menjadi sarang penyakit, penduduk tempatan mendapat idea untuk menternak ikan tilapia dan koi di dalamnya bagi memakan jejentik.

Akhirnya gedung terbiar ini menjadi sebuah akuarium urban terbesar di dunia. Ikan-ikan berenang di tingkat bawah dan mengelilingi eskalator yang sudah berkarat.

Jadi Bangunan Tinggal

New World Mall ini dibina pada era 1980-an. Namun bangunan setinggi 11 tingkat ini hanya dapat bertahan selama beberapa tahun sebelum ditutup pada tahun 1997 kerana melanggar pelan projek pembinaan asal yang sepatutnya empat tingkat sahaja.

Selain itu, pembinaan bangunan ini juga menimbulkan kemarahan penduduk setempat kerana sangat tinggi mengalahkan Istana di kawasan tersebut.

Namun begitu, orang-orang Thai ini tetap cuba melindungi ikan-ikan di dalam bangunan tersebut dengan melarang pengunjung mencampak benda ke dalam air.

Sumber: [1], [2]