Home News Makin Dikenali Ramai, 6 Bintang Korea Ini Menyinar dan Sedang Mengecapi Populariti

Makin Dikenali Ramai, 6 Bintang Korea Ini Menyinar dan Sedang Mengecapi Populariti

0

Seiring dengan populariti Kdrama yang terus mendunia, beberapa orang pelakon muda Korea Selatan telah berjaya mencuri perhatian dengan watak dan peranan mereka yang menonjol dan kehebatan bakat lakonan yang luar biasa.

Berikut ini adalah enam pelakon muda Korea Selatan yang sedang meniti populariti dan makin dikenali ramai kerana lakonan dalam Kdrama mereka.

 

1. Byeon Woo Seok

6d45662d 26d3 4c9e a789 7ac73f0e11ad

Walau pernah menjadi kontroversi pada bulan Julai lalu kerana mendapat kawalan ketat di lapangan terbang yang nampaknya menghalang para peminat untuk mendekatinya, pelakon Byeon Woo Seok tetap menjadi sorotan sebagai artis muda yang sedang popular dan membintangi drama Korea terkenal tahun ini.

Byeon Woo Seok merupakan pelakon yang dilahirkan pada tahun 1991 yang membintangi pelbagai drama Korea popular seperti “Lovely Runner” (2024), “Soulmate” (2023) dan “Strong Woman Gang Nam-Soon” (2023).

 

2. Kim Hye Yoon

1c8cab08 13f2 4646 992b c79bbcbdf696

Bintang muda yang dilahirkan pada tahun 1996 ini telah membintangi begitu banyak filem dan drama Korea yang berjaya. Drama yang dibintanginya iaitu “Lovely Runner” yang tayang pada tahun ini juga berjaya meraih populariti.

Kejayaan Kim Hye Yoon dalam setiap watak yang diberikan, ditambah dengan bakatnya yang luar biasa, membuatkan dia semakin dikenali dan diminati oleh para peminat drama Korea di seluruh dunia.

 

3. Kim Tae-ri

21b37377 1af4 4c3a a5e2 9494358d44e0

PopularitI pelakon Kim Tae-ri makin meningkan, walau baru memulakan debut nya pada tahun 2016 melalui drama Korea “Entourage”, pelakon cantik itu sudah berjaya meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di BaekSang Arts Awards 2022.

Kim Tae-ri juga akan membintangi siri drama “Jeong-Nyeon: The Star is Born” yang akan ditayangkan pada bulan Oktober ini.

 

4. Park Ji Hoon

80b3909b 649a 4bce be5e 807295eb6adc 1

Park Ji Hoon, yang sebelum Ini dikenali sebagai anggota boy group Wanna One, telah berjaya membina kerjaya sebagai pelakon.

Walau usianya masih muda, bakatnya dalam berlakon sudah terbukti. Park Ji Hoon mendapat anugerah Pelakon Baru Lelaki Terbaik di Blue Dragon Series Awards 2023 melalui wataknya dalam drama Korea “Weak Hero Class 1”.

Berjaya dengan musim sebelum ini, Park Ji Hoon kembali membawa watak sebagai Yeon Si Eun dalam drama Korea “Weak Hero Class” musim kedua yang akan ditayangkan pada bulan Januari 2025 akan datang.

 

5. Choi Woo-shik

972bbe84 1f22 449e b62e e5b0e140b42f

Pelakon yang menjadi watak utama untuk siri drama Korea “Our Beloved Summer” itu telah memikat hati para penonton dengan penampilannya yang memukau. Pelakon berbakat itu dikenali kerana bakatnya dalam lakonan

Choi Woo-shik telah membina reputasi yang kuat dalam dunia lakonan melalui wataknya dalam filem yang sangat terkenal iaitu “Parasite”.

Baca lagi: 6 Drama Korea Ini Tampilkan Watak Utama Sebagai Manusia Separuh Raksasa, Cerita Fantasi Aksi yang Padu

6. Lee Do Hyun

Korea

Lee Do Hyun kebelakangan ini sering tampil di kaca TV dan berjaya menarik perhatian penonton. Beberapa projek terkenal lakonannya termasuk drama “18 Again” dan “Youth of May,” yang menampilkan bakat memukau pelakon ini.

Namanya terus meningkat naik  setelah membintangi filrm “Exhuma,” yang berjaya menarik penonton dari pelbagai negara. Drama Korea “Sweet Home 3,” ditayangkan di Netflix pada bulan Julai 2024.

Selamat menonton ya!

Baca lagi: 9 Drama Cina dengan Genre Jenayah dan Misteri Tahun 2024 Ini, Penuh Konflik
Baca juga: Kentaro Sakaguchi Tampil dalam Filem dan Drama Baru Tahun Ini, Pelakon Hot Jepun yang Diminati Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here