Home Kdrama/Kmovie Marry My Husband, 3 Faktor Utama Menyebabkan Penderitaan Watak Park Min Young

Marry My Husband, 3 Faktor Utama Menyebabkan Penderitaan Watak Park Min Young

0

Marry My Husband baru sahaja ditayangkan pada 1 Januari 2024. Episod drama siri ini fokus pada watak Kang Ji Won (Park Min Young) yang dilayan sesuka hati oleh suaminya, Park Min Hwan (Lee Yi Kyung).

IMG 8649

Lebih menyedihkan lagi apabila dia sakit tenat dan suaminya tidak pernah melayannya dan lelaki itu enggan membayar bil hospital. Penyakit yang dideritai oleh Kang Ji Won membuatkan dirinya semakin lemah dan tidak berdaya. Dia memohon keajaiban dari Tuhan supaya dia diberi umur yang panjang.

Penyakit barah yang dihidapi oleh Kang Ji Won dalam Marry My Husband sebenarnya disebabkan oleh beberapa faktor, di antaranya adalah seperti berikut:

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler.

1. Kang Ji Won terlalu memaksa dirinya untuk bekerja tanpa mengira waktu

IMG 8650

Kang Ji Won mengetahui kebenaran bahawa suaminya, Park Min Hwan, telah berhenti kerja. Dia sangat kesal kerana suaminya itu tidak berbincang terlebih dahulu dengannya sebelum memutuskan perkara tersebut. Suaminya menganggap bahawa keputusan Kang Ji Won selalunya tidak berguna. Sedangkan keadaan kewangan mereka masih belum stabil kerana masih ada banyak perkara yang perlu dibayar.

Kang Ji Won terpaksa bekerja tanpa mengira waktu demi mencukupi keperluan rumah tangga. Dia selalu pulang lewat malam kerana kerjanya terlalu banyak. Nasibnya sungguh malang, semua duit simpanan digunakan oleh suaminya yang suka bermain saham.

Baca juga: 6 Pelakon Kdrama ‘Marry My Husband’, Park Min Young dengan Misi Balas Dendam

Kang Ji Won tidak pernah mempunyai kebebasan untuk menggunakan wang hasil titik peluhnya sendiri. Akibat dari tindakan suaminya tersebut, Kang Ji Won semakin tidak mempedulikan dirinya sendiri. Boleh dilihat dengan jelas penampilan Kang Ji Won yang kurang terurus. Dia juga terpaksa berfikir dua kali ketika ingin membeli barang keperluannya.

 

2. Mengabaikan gejala dan tanda-tanda penyakitnya

749ee141 44e8 4c9c b4b0 54df53fb9851Kang Ji Won menderita penyakit barah perut tahap 4. Semuanya kerana dia mengabaikan tanda-tanda yang mengganggu dalam tubuhnya dan menganggap bahawa rasa sakitnya itu adalah sakit perut biasa. Selain itu, dia juga tidak mempunyai masa untuk berjumpa doktor bagi memeriksa keadaan dirinya. Semua masa Kang Ji Won telah habis digunakan untuk menjadi pekerja pejabat dan juga menguruskan rumah tangga.

Apabila sakitnya sudah tidak tertanggung lagi, akhirnya dia berjumpa doktor. Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati bahawa penyakit yang dihidapinya itu boleh membawa maut. Hatinya semakin hancur semasa dia menyatakan tentang keadaannya yang sebenar kepada suami dan ibu mertua. Kedua-duanya memberikan respon yang mengecewakan dan langsung tidak menunjukkan sokongan terhadapnya. Kang Ji Won tetap dipaksa untuk bekerja bagi menanggung kehidupan mereka.

 

3. Banyak masalah membuatkan Kang Ji Won tertekan

Marry my husbandSewaktu Kang Ji Won berkahwin, hidupnya mula dipenuhi dengan berbagai-bagai masalah. Ibu mertuanya sangat marah apabila mengetahui bahawa Kang Ji Won tidak boleh melahirkan anak. Sementara suaminya yang tidak bekerja selalu bersikap kasar dan berlaku curang. Bukan hanya di rumah, Kang Ji Won juga mempunyai majikan yang sangat kejam di pejabat. Masalah-masalah tersebut membuatkan dirinya menjadi tertekan.

IMG 8651

Sebenarnya, Kang Ji Won mempunyai seorang sahabat dari zaman sekolah iaitu Jung Soo Min (Song Ha Yoon). Namun, melihatkan Kang Ji Won yang tidak banyak bercakap tentang masalah peribadi, maka mereka jarang meluahkan perasaan masing-masing. Siapa sangka, sahabat yang dipercayai selama ini telah menjalin hubungan terlarang dengan suaminya.

Drama siri Marry My Husband mempunyai jalan cerita yang semakin lama, semakin menarik untuk ditonton. Para penonton pasti tidak sabar untuk melihat tindakan Kang Ji Won selepas diberi peluang pergi ke masa lalu. Anda boleh menonton Marry My Husband ini di Prime Video.

Baca lagi: Jang Na Ra Memukau Dalam My Happy Ending, Bawa Watak Sebagai Wanita Teraniaya
Baca juga: 4 Penjelasan “Ending” Webtoon “Marry My Husband”, Bagaikan Kisah Dongeng