Mengguris emosi dan menyakitkan hati, berikut ini adalah beberapa pilihan drama korea yang bertemakan kecurangan yang mesti ditonton.
Tema kecurangan kerap diangkat dijadikan cerita dalam drama Korea kerana sangat diminati penonton dan mempunyai jalan cerita yang penuh drama.
Di bawah ini adalah beberapa pilihan drama Korea yang bertemakan kecurangan suami dan isteri yang mesti anda tonton.
Marry My Husband
Drama makjang komedi ini dibintangi oleh Park Min Young, Na In Woo, Lee Yi Kyung, dan Song Ha Yoon. Marry My Husband menceritakan tentang seorang isteri yang menyaksikan kecurangan suaminya dengan kawan baiknya sendiri. Mereka bertengkar dan kemudian berkahir dengan kematiannya yang tragis. Dia terbangun dan mendapati dia terlempar ke sepuluh tahun yang lalu dan memutuskan untuk mengubah masa depan dengan tidak mengahwini suaminya.
Show Window: The Queen’s House
Pasangan Han Sun Joo dan Shin Myung Seob adalah pasangan suami isteri ideal yang juga mempunyai keluarga kecil yang sangat bahagia. Si isteri selalu menyokong suaminya. Suaminya kini telah memiliki jawatan tinggi di tempat kerjanya. Perkara tersebut kemudian diikuti dengan pertemuannya dengan Yoon Mi Ra yang merupakan sahabat baru isterinya. Tidak disangka, Han Sun Joo mula tertarik pada Yoon Mi Ra dan memulakan hubungan terlarang dengannya.
My Happy Ending
Seo Jae-won tampak seperti memiliki kebahagiaan dalam hidupnya. Di tempat kerja, dia adalah seorang wanita hebat dan CEO sebuah syarikat perabot ternama. Di rumah, dia berkahwin dengan Heo Soon-young yang baik hati, dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang comel dan bijak. Kwon Yun-jin mempunyai kehidupan yang tidak mengikut kehendak dan impiannya. Dengan perkahwinan yang gagal dan kerjaya yang tidak memuaskan, dia berhubung kembali dengan Jae-won, Yun-jin merasa iri hati dengan kehidupan kawannya itu.
Love Affairs in the Afternoon
Son Ji Eun berpindah ke sebuah bandar kecil kerana kewajipan tugas suaminya. Dia merupakan seorang isteri yang pendiam dan tulus namun kehidupannya di bandar kecil tersebut jadi membosankan. Hingga dia bertemu dengan seorang guru biologi bernama Yoon Jung Woo yang membuatkan hatinya menjadi goyah.
Doctor Cha
Drama siri bertemakan kecurangan yang ditayangkan di Netflix ini adalah Doctor Cha. Mengangkat tema perubatan, drama siri ini menceritakan tentang seorang suri rumah tangga yang sudah lama meninggalkan kerjayanya sebagai seorang doktor. Selepas mengetahui bahawa suaminya curang, dia tidak menoleh ke belakang dan mula membina hidup serta keyakinan diri dan mengejar kerjayanya sebagai doktor.
The World of the Married
Drama yang dibintangi oleh Han So Hee, Kim Hee Ae, dan Park Hae Joon ini merupakan salah sebuah drama Korea tentang kisah kecurangan yang amat popular. Seorang doktor wanita hidup bahagia dengan suaminya yang merupakan seorang pengarah filem berjaya. Mereka memiliki seorang anak yang mereka sayangi. Hingga suatu hari, si isteri mula mencium kelakuan aneh suaminya dan menemui kebenaran bahawa suaminya curang dengan wanita muda.
VIP
Drama Korea yang dibintangi oleh Jang Na Ra dan Lee Sang Yoon ini menceritakan tentang kehidupan suami isteri yang sangat dikagumi oleh rakan-rakan sekerja mereka. Namun, suatu hari si isteri mendapati bahawa suaminya curang. Suaminya curang dengan kawan sepejabat yang membuatnya perlu menyiasat tentang wanita yang telah menghancurkan rumah tangganya.
Bagi anda yang menyukai drama penuh pergolakan dan konflik, jangan lupa untuk menonton senarai pilihan drama Korea tentang kecurangan di atas. Pasti hati anda bagai dihiris-hiris kerana jalan cerita yang ditonjolkan sangat menggugat emosi!