Drama Korea Marry My Husband episod 11 dijadualkan bersiaran pada hari Isnin (5/2/2024). Dan para penonton boleh strim Marry My Husband di Prime Video pada pukul 8.50 malam.
Marry My Husband ialah drama fantasi romantik yang mengisahkan Kang Ji-won yang mendapat peluang kedua untuk menjalani dan mengubah hidupnya dengan membuat perjalanan masa 10 tahun sebelumnya.
Marry My Husband dibintangi oleh Park Min-young, Na In-woo, Lee Yi-kyung, Song Ha-yoon, Lee Gi-kwang, dan Gong Min-jung, bersama-sama pelakon lain.
PREVIEW EPISOD 11
Ji-won dan Ji-hyeok memulakan kehidupan romantis mereka. Ji-won akhirnya meluahkan perasaannya kepada Ji-hyeok.
Dia sedar bahawa dia sentiasa memikirkan Ji-heyok dan tidak lagi boleh membohongi perasaannya. Tetapi di tengah-tengah hubungan mereka, Ji-hyeok rasa bersalah kerana dia hanya akan menyakiti Ji-won.
Semasa mereka mula bercinta, Han-il dan Suk-joon memerhatikan mereka berdua. Ji-hyeok sedar bahawa dia tidak akan dapat berada di sisi Ji-won selamanya. Dia bercadang untuk mencari seseorang yang boleh membahagiakan Ji-won.
Sementara itu, Min-hwan menghadapi jalan buntu dalam meneruskan kehidupannya. Dia masih tidak percaya Ji-won boleh menamatkan hubungan dengannya. Walhal itu sahaja jalan penyelesaian untuk membebaskannya daripada masalah kewangan.
Min-hwan akhirnya memilih untuk berkahwin dengan Su-min kerana Su-min juga merupakan penyelesaian kepada masalahnya.
Selain dia perlu bertanggungjawab terhadap kehamilan Su-min yang sebenarnya dipalsukan oleh Su-min sendiri.
Su-min memilih untuk fokus pada matlamatnya untuk mengambil lebih banyak kebahagiaan Ji-won. Tetapi dia tidak tahu, bahawa Ji-won sangat gembira untuk Su-min kerana mengambil nasib malangnya.
Selain itu Su-min juga perlu menghadapi perubahan yang lebih besar apabila berhadapan dengan ibu mertua yang pernah dihadapi Ji-won.
Ji-won dan Ji-hyeok berkumpul untuk menghadiri majlis perkahwinan Min-hwan dan Su-min. Ji-won menunjukkan wajah gembiranya selepas melepaskan nasib malang dalam hidupnya.
Di bilik pengantin, Ji-won bertemu dengan Su-min. Dia mengatakan bahawa gaun pengantin yang dipakai Su-min kelihatan buruk. Su-min dengan bangga berkata bahawa ibu mertuanya memilih pakaian itu untuknya. Dia tidak mahu mengecewakan mertuanya.
Ji-won ketawa dan berkata Su-min sangat sesuai dengan keluarga Min-hwan. Ji-won menghampiri Su-min dan mengucapkan terima kasih kerana mengambil sampah yang telah dibuangnya.
Dia turut membaling beg mewah yang dibeli oleh Min-hwan. Ji-won menyuruh Su-min membuang beg itu atau menjualnya mengikut kehendak Min-hwan. Su-min kelihatan terkejut dan keliru dengan kata-kata Ji-won.
Ji-won berjaya memperbaiki nasibnya. Dia kini boleh menjalani kehidupan baru bersama Ji-hyeok. Mereka mengisi masa dengan pergi ke pantai.
Saksikan episod 11 dan 12 pada 5 dan 6 Februari 2024 ya!
Baca lagi: Chef Kacak dalam Marry My Husband, Lee Gi Kwang juga Berlakon dalam 9 Siri Korea ini
Baca juga: BoA Sebagai Watak Antagonis Baharu, Orang Ke 3 dalam Marry My Husband