Drama Korea bertemakan perubatan merupakan pilihan tontonan terbaik untuk mengisi masa lapang, dan selalunya drama-drama seperti ini berjaya memenangi hati para penonton dengan jalan cerita menarik yang ditampilkan.
Drama-drama korea dengan genre perubatan ini biasanya menceritakan tentang kehidupan para doktor dan petugas kesihatan lain di hospital. Selain itu drama-drama ini tentunya diwarnai dengan babak-babak romantis dan pelbagai kisah menarik yang lain.
Dibawah ini adalah senarai beberapa Kdrama bertemakan perubatan yang menarik dan perlu anda binge watch di Viu.
1. Dr. Romantic 1&2 (2016 – 2020)
Mengisahkan tentang seorang doktor genius yang bernama Boo Yong-joo (Han Suk-kyu) yang dikenali dengan sebutan Kim Sabu. Selepas mengalami kejadian penuh trauma, dia memilih untuk meninggalkan kariernya yang gemilang dan bekerja di sebuah hospital kecil. Kdrama ini menyoroti ketekunan Kim Sabu yang penuh dedikasi serta bagaimanakah dia membantu para doktor muda untuk menjadi doktor yang lebih baik.
Strim disini
2. Doctor Stranger (2014)
Kdrama ini mengikuti kisah Park Hoon (Lee Jong-suk) seorang doktor yang dilatih di Korea Utara dan melarikan diri ke Korea Selatan. Walau dia dikenali sebagai pakar bedah jantung, Hoon menghadapi pelbagai cabaran, termasuk prasangka buruk dan kesukaran beradaptasi dengan sistem perubatan di Korea Selatan.
Strim disini
3. Doctors (2016)
Kdrama ini menceritakan tentang kehidupan doktor-doktor di sebuah hospital. Seorang doktor wanita Yoo Hye Jeong (Park Shin-hye) merupakan doktor yang berusaha menyembuhkan pesakitnya walau dia melanggar peraturan hospital. Kehidupan masa lalunya yang keras dan penuh luka membuatnya membesar menjadi seorang individu yang kuat semangat. Drama ini dibaluti kisah percintaan dan komedi yang pasti membuatkan anda tidak akan bosan.
Strim disini
4. Hospital Ship (2017)
Kdrama ini menceritakan tentang Song Eun Jae (Han Ji-won) yang merupakan seorang doktor bedah memberikan rawatan dengan menggunakan sebuah kapal hospital. Drama ini menampilkan usaha dan perjuangan doktor menolong masyarakat yang tinggal di sebuah pulau terpencil dengan menggunakan kapal sebagai hospital. Selain itu, anda juga akan melihat nilai kekeluargaan yang ditunjukkan oleh pasukan medik dalam drama ini.
Strim disini
5. Doctor John (2019)
Kdrama ini dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal korea seperti Ji-sung, Lee Se-young, Lee Kyu-hyung, dan Hwang Hee. Drama ini diadaptasi dari novel Jepun berjudul ‘On Hand of God’ karya Yo Kusakabe.
Kdrama ini menceritakan tentang doktor pakar bius yang bernama Cha Yo-han (Ji-sung) yang pintar tetapi sangat sombong dan doktor pelatih muda (Lee Se-young) yang sangat pintar. Mereka sering selisih faham, namun mereka pada suatu hari mereka dihadapkan dengan sebuah kes perubatan yang misteri.
Strim disini
6. Doctor Prisoner
Doctor Prisoner mengisahkan seorang doktor yang kariernya hancur dan mendapat pekerjaan di penjara. Di sana dia bertemu dengan doktor lain yang mempunyai nasib yang sama. Na Yi Je (Nam Goong-min), seorang pakar bedah genius yang mempunyai kemahiran luar biasa. Dia juga mempunyai sifat dan tingkah laku yang baik.
Suatu hari, dia terlibat dalam kemalangan perubatan yang memerlukan dia dibuang dari hospital tempat dia bekerja. Yi Je memutuskan untuk bekerja sebagai ketua klinik perubatan penjara. Di klinik penjara, Yi Je terpaksa berhadapan dengan Sun Min Sik (Kim Byung-chul), yang digelar ‘Raja Penjara’, seorang pengarah perubatan di penjara Seoul Barat.
Strim disini
7. Ghost Doctor (2022)
Ghost Doctor mengisahkan Cha Young Min (Rain), seorang pakar bedah berbakat dan profesional yang jiwanya secara tidak sengaja bertukar dengan Go Seung Tak (Kim-bum), seorang doktor yang mempunyai kebolehan di bawah purata tetapi berasal dari keluarga kaya.
Kisahnya bermula apabila Cha Young Min mengalami kemalangan serius yang menyebabkan dia koma dan terpaksa dirawat buat seketika. Ketika itu, roh Cha Young Min keluar dari tubuhnya dan berjalan di sekitar hospital. Pada masa yang sama, Go Seung Tak yang mempunyai kebolehan melihat hantu ingin menyelamatkan pesakit yang memerlukan pembedahan.
Go Seung Tak akhirnya meminta bantuan daripada roh Young Min. Ketika itu, Cha Young Min sebenarnya cuba mendedahkan amalan kotor yang dimainkan oleh hospital dalam menjalankan prosedur perubatan ke atas pesakit mereka. Young Min berazam untuk menggunakan tubuh Seung Tak untuk mendedahkan amalan haram hospital sambil membantu doktor dengan kebolehan sederhana. Di sinilah bermulanya kisah dua orang doktor yang berbeza personaliti dan latar belakang yang pastinya mencuit hati anda!