Home Kdrama/Kmovie Masih diingati, 7 Drama Korea 2023 Ini Berakhir Dengan Happy Ending

Masih diingati, 7 Drama Korea 2023 Ini Berakhir Dengan Happy Ending

0

Drama Korea kini telah menjadi sumber hiburan ramai peminat seluruh dunia, terutamanya bagi kalangan remaja. Adegan-adegan romantik serta penghayatan watak dari setiap pelakon yang ditampilkan membuatkan drama dari Korea Selatan tersebut memikat ramai orang.

Penonton pasti mengharapkan happy ending (pengakhiran bahagia), khususnya bagi drama-drama Korea yang mengisahkan tentang percintaan. Berikut dibawah ini adalah 7 buah drama Korea 2024 yang berakhir happy ending.

 

1. King the Land

Kdrama koreaKing the Land merupakan drama Korea bergenre romantik-komedi. Drama yang terdiri dari 16 episod ini dibintangi oleh Lee Jun-ho, Im Yoon-ah, Go Won-hee, dan Kim Ga-eun.

Cerita drama fokus pada Goo Won, seorang pewaris konglomerat hotel mewah yang terlibat dalam perebutan warisan dan Cheon Sa-rang, seorang pekerja hotel yang murah dengan senyuman. King the Land menampilkan banyak adegan manis tanpa adegan-adegan sadis di dalamnya.

Drama Korea tersebut menjadi istimewa kerana memberikan perhatian khusus pada para pekerja, menggambarkan suasana di tempat kerja, dan peranan wanita dalam kehidupan profesional.

 

2. Crash Course in Romance

efc6505d 6bc6 41f9 96df d53e4dcc54d9Drama Crash Course in Romance terdiri dari 16 episod. Pelakon utama dalam drama Crash Course in Romance adalah Jeon Do-yeon, Jung Kyung-ho, Lee Bong-ryun, dan Oh Eui-shik. Berbeza dengan King the Land, drama yang diarahkan oleh Yoo Je-won itu bergenre misteri, romantik, thriller, dan komedi.

Secara umumnya, Crash Course in Romance Menceritakan tentang kisah cinta antara seorang pemilik kedai dengan guru tusyen hagwon yang terkenal. Cerita yang dibawakan bukan hanya tentang percintaan, tetapi juga menyentuh isu-isu penting dalam masyarakat Korea Selatan kini.

Drama tersebut berjaya menggambarkan pelbagai aspek kehidupan di Gangnam dan Seoul, seperti persaingan di kalangan pelajar dan tekanan sosial dan media digital yang serius.

 

3. Black Knight

76d6cab7 5aa0 4227 b000 f5e0d402d498

Black Knight hanya memiliki 6 episod sahaja. Kdrama tersebut bergenre pengembaraan-sains filsyen, dengan pemeran utamanya iaitu Kim Woo-bin, Song Seung-heon, Kang Yoo-seok, dan Lee So-young.

Kdrama ini diarahkan oleh Cho Ui-seok. Cerita drama dimulakan pada tahan 2071 dimana dunia pasca-apokaliptik yang tercemar oleh pencemaran udara yang sangat teruk akibat pelanggaran komet.

Para penduduk hampir tidak pernah meninggalkan rumah mereka tanpa topeng gas dan bergantung penuh pada para pengantar barang yang disebut Knight (Pahlawan).

Knight 5-8 merupakan pahlawan legenda dengan kepakaran bertempur yang luar biasa. Kehidupannya berubah apabila dia bertemu dengan seorang penduduk yang bercita-cita mahu menjadi pahlawan dan dalam masa yang sama adalah peminatnya, Yoon Sa-wol.

Black Knight mengangkat tema persahabatan dan perkembangan karakter. Selain itu, drama ini juga menawarkan hiburan menarik dengan latar belakang yang unik.

 

4. Castaway Diva

8b1b9497 2d46 4685 90c9 2440598412f5Castaway Diva merupakan drama Korea yang terdiri dari 12 episod. Kdrama tersebut diarahkan oleh Oh Choong Hwan.
Pelakon utama dalam drama Castaway Diva adalah Park Eun Bin, Kim Hyo Jin, Chae Jong Hyeop, dan Cha Hak Nyeon. Drama romantik itu mengisahkan tentang seorang gadis remaja, Seo Mok Ha yang menyimpan impian mahu menjadi penyanyi.

Dia terdampar di sebuah pulau yang tidak berpenghuni selama 15 tahun. Semasa diselamatkan, Mok Ha telah menginjak usia 31 tahun. Dia berusaha untuk beradaptasi dengan dunia moden dan optimis mencapai impiannya untuk menjadi seorang penyanyi terkenal, Castaway Diva mendapat respon positif dari para penonton. Bukan hanya ceritanya yang menarik, tetapi juga kerana para pelakon yang berpengalaman dan mempunyai ramai peminat.

 

5. Twinkling Watermelon

349e2047 175a 4902 8515 21ba34d86b00Twinkling Watermelon adalah drama Korea yang memiliki 16 episod. Drama bertema penjelajahan waktu tersebut diarahkan oleh Son Jung Hyun. Pelakon utama dalam Kdrama Twinkling Watermelon ini adalah Seol In Ah, Ryeoun, Choi Hyun Wook, dan Shin Eun Soo.

Drama ini mengisahkan tentang Ha Eun Gyol (Ryeoun) yang membesar dalam keluarga CODA dimana ibu, ayah dan abangnya adalah cacat pendengaran dan tidak boleh bercakap. Dalam kehidupan seharian, keluarga tersebut berkomunikasi dengan bahasa isyarat. Eun Gyol mempunyai minat dan bakat luar biasa dalm bidang muzik, terutamanya gitar. Namun, dia tidak pernah menceritakan minatnya tersebut kepada ayah dan ibunya.

Suatu hari, Eun Gyol bertengkar dengan bapanya kerana dia bermain muzik. Eun Gyol merajuk dan akhirnya mengakhiri impiannya dalam bidang muzik. Semasa dia hendak membuang gitarnya, Eun Gyol melihat kedai muzik Viva La Vida. Dia masuk ke kedai tersebut untuk menjual gitar miliknya. Menariknya, Eun Gyol melakukan penjelajahan waktu hingga sampai ke tahun 1995.

Twinkling Watermelon menampilkan perjalanan misi Eun Gyol dengan masa mudanya yang penuh warna warni. Dia menemui cinta pertama, persahabatan, dan kekeluargaan pada tahun 1995.

 

6. The Secret Romantic Guesthouse

550e4451 4fca 419c 9dce de95a808cb9aThe Secret Romantic Guesthouse merupakan drama dari Korea Selatan yang diarahkan oleh Kim Jung Min. Drama tersebut diangkat dari web novel dengan judul yang sama. The Secret Romantic Guesthouse dibintangi oleh pelakon-pelakon utama muda iaitu Shin Ye Eun, Ryeoun, Kang Hoon, dan Jung Gun Joo.

Kdrama bergenre misteri-romantik itu menceritakan tentang seorang anak gadis bangsawan yang selama ini merasakan hidup selesa. Namun pada suatu hari keluarganya muflis dan dia perlu kuat untuk meneruskan hidup. Gadis bangsawan tersebut menguruskan rumahnya yang kini telah dijadikan sebuah rumah penginapan.

 

7. Destined With You

2f0e6509 f300 418c 861f 56fb898859d7Destined With You merupakan drama Korea bergenre romantik-komedi. Drama ini terdiri dari 16 episod. Drama yang diarahkan oleh Nam Ki-hoon itu dibintangi oleh Rowoon, Jo Bo-ah, Ha Jun, dan Yura. Destined With You mengisahkan tentang seorang peguam cerdas yang bernama Jang Shin Yu (Rowoon) yang terperangkap dalam sumpahan keturunan keluarga.

Pada suatu hari dia bertemu dengan Lee Hong Jo (Jo Bo-ah), seorang pegawai kerajaan yang juga menjadi pemegang kunci kebebasannya dari sumpahan tersebut. Oleh kerana genre drama ini adalah genre komedi, Destined With You menampilkan banyak lawak jenaka yang membuatkan para penonton terhibur dengan cerita dan penampilan para pelakon

Masihkah anda mengingati drama-drama di atas? Sudahkah anda menonton semua drama? Jika anda belum menonton drama-drama yang tersenarai, anda perlu luangkan masa untuk menonton kerana yang pasti, pengakhiran setiap Kdrama di atas tidak akan mengecewakan!

Baca lagi: tvN Hasilkan 4 Drama Korea Bukan Romantik Pada Tahun Ini, Kisah Jenayah, Aksi dan Pelbagai
Baca juga: 10 Drama Korea yang Mengecewakan Penonton Kerana Watak Penting Dimatikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here