Drama romantik memang mempunyai tempat tersendiri di hati para peminat drama Korea. Kisah cinta yang manis akan membuatkan para penonton hanyut dalam perasaan.
Tambahan pula dengan kemunculan adegan-adegan mesra, membuatkan penonton tersenyum sendirian! Tahukah anda, ada beberapa buah drama Korea romantik yang kini sudah berusia 10 tahun atau 1 dekad sejak awal tayangannya dulu.
Walaupun sudah lama ditayangkan, cerita-cerita dalam drama-drama Korea ini masih relevan dan tidak kurang hebatnya dengan drama Korea baru yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
Berikut dibawah ini adalah senarai drama Korea romantik menarik yang ditayangkan sejak 10 tahun yang lalu. Masihkan anda ingat?
1. My Love From The Stars (2013)
Tayang pada akhir tahun 2013 hingga awal tahun 2014, My Love From The Star merupakan salah sebuah drama legenda yang diingati ramai. Dibintangi oleh Kim Soo Hyun dan Jun Ji Hyun, drama ini berjaya meraih banyak anugerah dalam SBS Drama Awards dan BaekSang Arts Awards.
Cheon Song Yi (Jun Ji Hyun) adalah seorang pelakon yang sedang ditimpa kejatuhan dalam kerjayanya. Banyak skandal menjeratnya hingga dia kehilangan kontrak kerja dan hampir muflis.
Do Min Joon (Kim Soo Hyun) adalah makhluk asing yang sudah tinggal di bumi selama 400 tahun. Dia memiliki kebolehan fizikal yang sempurna, penglihatan yang tajam serta pendengaran yang sangat hehat. Makhkuk asing ini berjiran dengan Cheon Song Yi. Tanpa mereka sangka, cinta hadir dalam hati mereka.
2. It’s Okay, That’s Love (2014)
Jang Jae Yeol (Zo In Sung) adalah penulis novel terkenal. Namun siapa sangka, dia menderita penyakit skizofrenia. Jang Jae Yeol kerap berhalusinasi tentang sosok Han Kang Woo (Do Kyung Soo), pelajar sekolah menengah yang mengaku sebagai peminatnya.
Manakala Ji Hae Soo (Gong Hyo Jin) adalah pakar psikiatri muda yang mempunyai trauma dalam menjalin hubungan romantik. Dia berusaha untuk merawat Jang Jae Yeol, akhirnya mereka saling menyukai. Interaksi dua insan yang sama-sama menderita dalam drama Korea It’s Okay, That’s Love ini saling melengkapi dan menyembuhkan.
3. Pinocchio (2014)
Pinocchio dibintangi oleh Lee Jong Suk dan Park Shin Hye. Drama ini menceritakan tentang dua orang anak muda yang sama-sama mengejar impian mereka untuk menjadi wartawan. Choi In Ha (Park Shin Hye) ingin menjadi wartawan mengikuti jejak ibunya. Sementara Ki Ha Myeong (Lee Jong Suk) mahu menjadi wartawan untuk mengungkap peristiwa kebakaran di masa lalu yang membuatkan keluarganya hancur.
4. Fated to Love You (2014)
Fated to Love You merupakan remake drama Taiwan berjudul sama yang pernah ditayangkan pada tahun 2008. Dibintangi oleh Jang Hyuk dan Jang Na Ra, drama ini menceritakan tentang kisah cinta pewaris syarikat dengan setia usahanya yang biasa-biasa sahaja. Mereka tanpa sengaja mabuk dan melakukan perbuatan terlarang hingga setia usaha tersebut hamil.
5. Secret Love Affair (2014)
Drama Korea ini yang dibintangi oleh Kim Hee Ae dan Yo Ah In dan diarahkan oleh Ahn Pan Seok ini merupakan remake dari drama Jepun yang berjudul Tokyo Tower (2005).
Oh Hye Won (Kim Hee Ae) merupakan pengarah Seohan Arts Foundation yang berusia 40 tahun. Dia dikenali sebagai seorang wanita yang elegan, bijak, dan berjaya. Suaminya adalah seorang pensyarah muzik dan sedang mencari seseorang yang berbakat.
Kemudian muncul Lee Sun Jae (Yo Ah In), pemain piano muda yang terpaksa menjadi penghantar barang kerana keperluan hidup. Suami Oh Hye Won mahu mengambil Lee Sun Jae yang dianggap pintar sebagai muridnya. Namun, interaksi intens antara Oh Hye Won dan Lee Sun Jae membuatkan mereka terjerat dalam skandal kecurangan!
Lima drama Korea romantik di atas merupakan drama popular pada zaman tayangan dahulu. Sangat berbaloi jika anda mahu menonton sekali lagi!