Jika dilihat masjid semakin lama semakin kurang orang yang datang. Pelbagai inisiatif yang dilakukan dalam menarik minat orang ramai untuk solat dan menhadiri program-program di masjid.
Menerusi klip video yang tular di media sosial, dapat dilihat situasi sebuah masjid yang tersergam indah dan apa yang paling menarik adalah melihat fasiliti yang disediakan di dalam masjid tersebut. Pertama kali dapat dilihat di dalam masjid terdapat tempat bermain yang disediakan untuk kanak-kanak dan juga difahamkan di masjid tersebut tersedianya tempat untuk berehat seakan hotel bagi mereka yang bermusafir. Di ruangan komen, ramai yang kagum melihat kemudahan yang tersedia.
“cantiknya masjid dia”
“Cunnnn la nak singgah!”
“Pernah pegi sekali istg lawa gilaa”
“The Best! Semoga banyak lagi masjid mcm ni kat Msia dan semoga mentaliti jemaahnya juga 1st Class. Takut nnt rosak segala kemudahan dan kotor esp tandas.”
Lokasi masjid tersebut terletak di Sungai Petani, Kedah.
Baca juga : Bawa Anak Ke Masjid, Lelaki Ini Dipuji Kerana Guna Cara ‘Safety Rope’
Baca juga : “Pernah Dicop Ke Masjid Hanya Untuk Makan”-Masjid Lengang, Byk Makanan Tak Terjamah
Lihat klip video di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@inforingkas : so byk2 masjid kat selangor/kl xde satu pn gini
@hfahmi883 : Masjid yang ada pun tak penah penuh…
@akumuiz96 : Masjid mesra kanak2..ni yang kita mahu
@IRManZiq : Terbaik la masjid mcm ni. Boleh tarik anak2 utk selalu dtg masjid. Jadi mereka akan terbiasa dgn masjid.
@tetaufiq : Aku setuju sgt mesjid mcm ni, tp kena pantau lebih sikit, takut ade yg guna utk sebalik nye, ambik kesempatan atas kemudahan yg diberikan
@abahkaulatu : Mcm style masjid kat luar negara. Mmg mcm pusat komuniti. Bagus sgt. Harap ade program mandul adopt stray animals
@yoonvkookmin : Bestnya..kalau macam ni bukan budak budak je yang suka.. aku pun suka nak ikut sekali main
@diyanahassan92 : Masha Allah, orang dewasa boleh ke main skali? Yelah risau juga nak lepas anak g main sorg2.
@seungchoke : Nice weh, bukan budak je suka aku pun suka tengok. Aku selalu fikir masjid ni boleh naikkan potensi kalau ada 3 benda ni: dobi, cuci kereta, kedai makan. 2 tu dah buat menunggu, usai solat tengok belum siap, kalau tunggu kat kedai makan paling pun mesti order air.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram