Home Artis Korea Benarkah “Mask Girl” Mencerminkan Masyarakat Korea Yang Tidak Selamat?

Benarkah “Mask Girl” Mencerminkan Masyarakat Korea Yang Tidak Selamat?

0

Adakah rasa tidak selamat menyebabkan tindakan melampau? Apabila manusia didorong ke had mereka, mereka mampu melakukan apa sahaja.

Sama seperti Mask Girl, rasa tidak selamat selalunya bermula semasa zaman kecil seseorang. Terutamanya semasa zaman sekolah menengah. Apabila seseorang itu merasakan bahawa mereka tidak lagi mempunyai rasa kehilangan, mereka pun akan memberontak dan mula menunjukan sisi gelap mereka.

IMG 2013

Dalam drama siri “Mask Girl”, dapat kita saksikan banyak diwarnai adegan-adegan yang agak kejam dan melampau. Walaupun demikian, “Mask Girl” juga mengangkat pelbagai isu sosial masyarakat dan mungkin juga ia mencerminkan dinamik budaya Korea yang tidak selamat dari segi sosial hari ini. Masalah sosial ini juga boleh menjadi pengajaran berharga bagi penonton.

Jom kita lihat beberapa topik menarik yang telah dikupas dalam drama siri “Mask Girl” seperti dibawah ini:

1. LOOKISM

IMG 2002

Kim Mo Mi (Lee Han Byul) merupakan korban budaya lookism, di mana penampilan sangat menentukan kedudukan sosial seseorang. Yang mempunyai penampilan baik akan lebih dihormati dan disukai. Berbeza seperti Kim Mo Mi, yang tidak mempunyai paras rupa cantik, terus dipandang rendah dan menerima layanan buruk dari kawan-kawan di sekolah sehinggalah rakan-rakan sekerjanya.

2. BULI

IMG 1984

Lookism yang dialami Kim Mo Mi kemudian mengarah kepada isu buli ketika dia masih bersekolah. Hal yang sama terjadi pada Ju Oh Nam (Ahn Jae-hong) yang juga memiliki penampilan tidak menarik. Kim Mo Mi dan Ju Oh Nam sama-sama menjadi korban buli di sekolah dan ini telah meninggalkan kesan trauma sehinggalah ke alam dewasa.

3. PORNOGRAFI

Mask girl

Budaya pornografi adalah masalah sosial yang paling ditakuti oleh ibubapa yang mempunyai anak-anak. Oh Ju Nam yang dipulaukan oleh kawan-kawan sebayanya dari kehidupan sosial akhirnya melampiaskan kekecewaannya dengan melanggan pelbagai media pornografi. Akibatnya, dia menjadi obses dan kerap membayangkan Kim Mo Mi serta memendam perasaan kepadanya. Oh Ju Nam akhirnya berperilaku kasar dan mencabul Kim Mo Mi.

4. HUBUNGAN SULIT

IMG 2010

Mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerja seperti yang dilakukan oleh Park Gi Hun (Daniel Choi), orang atasan Kim Mo Mi. Walaupun sudah mempunyai isteri, Park Gi Hun menjalinkan hubungan sulit dengan orang bawahannya, Lee A Reum (Park Jeong Hwa). Lebih menjijikan lagi, mereka begitu berani melakukan hubungan seksual di pejabat selepas habis waktu kerja.

5. HUBUNGAN TOKSIK BERSAMA PASANGAN

IMG 2009 scaled

Kim Mo Mi (Nana) memulakan kehidupan baru dan bekerja sebagai penghibur di bar. Dia kemudian berkawan dengan Lee Chun Ae (Han Jae Yi). Lee Chun Ae yang tinggal bersama kekasihnya kerap dipukul. Hingga akhirnya dia melarikan diri bersama Kim Mo Mi, namun tindakan mereka diketahui kekasih Chun Ae. Demi membela diri, mereka berdua terpaksa membunuh kekasih Lee Chun Ae.

6. RASUAH

IMG 2017

Di penjara, Kim Mo Mi (Go Hyun Jung) harus berhadapan dengan karenah rasuah yang dilakukan oleh ketua penjara. Ketua penjara memberikan layanan istimewa kepada banduan An Eun Suk (Lee Soo Mi) yang memiliki kedudukan tinggi serta sokongan politik. An Eun Suk menjadi banduan yang berkuasa dan ditakuti oleh banduan lainnya.

Walaupun jalan cerita “Mask Girl” dibuat sangat berlebihan dan agak kejam, namun senarai masalah sosial di atas dapat kita saksikan dalam drama ini.

Apakah pendapat anda tentang Mask Girl? Adakah anda fikir ia adalah gambaran yang tepat tentang masyarakat Korea? Atau mungkin ia adalah cerminan negara anda/kita?

Baca lagi: Watak Nana dalam “Mask Girl” Dikecam Kerana Melampau dan Provokatif
Baca juga: Review : Pembedahan Plastik, Misteri dan Pembunuhan? “Mask Girl” Menyajikan Sebuah Kisah Thriller Saspen