Home Artis Korea Mask Girl, Lee Jun Young Bawa Watak Berbeza Dengan Dirinya

Mask Girl, Lee Jun Young Bawa Watak Berbeza Dengan Dirinya

0

Lee Jun Young sangat memukau dalam membintangi drama siri original Netflix, Mask Girl (2023). Pelakon ini membawa watak seorang lelaki toksik yang bernama Choi Bu Yong.

Lakonan mantapnya berjaya meraih banyak pujian kerana selama ini Lee Jun Young lebih banyak membawa watak good boy (watak protagonis, lelaki yang baik). Sudah pastinya jika dibandingkan dengan sifat sebenar Lee Jun Young di kehidupan nyata, sangat berbeza dengan watak Choi Bu Yong dalam Mask Girl.

Pelakon ini juga memaklumkan bahawa watak yang dibawanya kali ini adalah watak lelaki sampah dengan perangai yang sangat buruk.

Baca lagi: Review : Pembedahan Plastik, Misteri dan Pembunuhan? “Mask Girl” Menyajikan Sebuah Kisah Thriller Saspen

Jom kita lihat perbezaan Lee Jun Young dalam drama siri Mask Girl dan sikap sebenar pelakon ini seperti berikut!

 

657a29f4 5698 4b14 ba27 9512be8eaebc1. Dalam Mask Girl, Choi Bu Yong adalah seorang pelajar yang akan melakukan debut sebagai idol KPop. Dia sedar bahawa dia adalah jejaka yang tampan dan mengambil kesempatan itu untuk mempergunakan gadis-gadis yang menyukainya

 

c97d060d b23b 436b ab24 f8b5ca9855062. Lee Jun Young berkongsi bahawa amat sukar baginya menjalani proses penggambaran. Semuanya adalah kerana watak yang dibawa kali ini sangat berbeza dari kebiasaan dan dia perlu menunjukkan sikap buruk demi membentuk imej seorang lelaki jahat

 

Lee jun young3. Choi Bu Yong mempergunakan Kim Chun Ae (Han Jae Yi) untuk membeli minuman alkohol dan rokok. Lee Jun Young memang mengaku sikap wataknya kali ini memang seperti lelaki sampah yang tidak berguna

 

5bb6ddeb 831e 4cbc 8429 c5515993620e4. Choi Bu Yong akhirnya debut sebagai bintang idol, tetapi kariernya sangat singkat kerana terpalit dengan skandal sikap buruknya pada masa lalu. Dia juga memandang rendah setiap peminatnya

 

71f90eca e052 4ba9 834c 555ef2cac2185. Sikap itu sungguh berbeza dengan Lee Jun Young. Selama ini, dia dikenali sangat rendah diri dan selalu menghargai para peminat. Dia juga tidak pernah teragak-agak untuk membantu orang lain tanpa melihat status sosial mereka

 

89ac7c46 dc2c 40c9 b7f1 78c69efaab24 16. Berbeza pula dengan Choi Bu Yong, Lee Jun-young tidak pernah dikaitkan dengan skandal sepanjang kariernya. Kerana rekod peribadi yang bersih, imej ‘good boy’ melekat dengan dirinya

 

c1ba3a2d a3a9 4636 8911 47ade8886e62 1

7. Melalui Instagram Live (siaran langsung), para peminat bertanya mengapa dia sangat jahat dalam Mask Girl. Lee Jun Young memberi respom dengan meminta maaf atas nama Choi Bu Yong

Lee Jun Young berjaya membuat para peminat terpukau dan dalam masa yang sama rasa kesal dan sakit hati dengan watak yang 180 darjah berbeza dengan dirinya dalam Mask Girl. Pelakon ini sangat menjiwai karakter Choi Bu Yong sedangkan sifatnya sangat berbeza dalam kehidupan sebenar. Yelah, nama pun berlakon kan!

Baca lagi: Usia Sebenar 7 Pelakon Mask Girl, Jangan Terkejut
Baca juga: Mask Girl 2023, Bagaimanakah Pengakhiran Nasib Semua Watak Utama?
Baca lagi: Kenali Lee Han Byul, Pelakon Utama Kdrama Mask Girl