Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok aairasoffya, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan dua orang lelaki ‘mat saleh’ meminta sedekah di setiap kenderaan di atas jalan raya. Pemilik akaun ini juga mengatakan mereka sudah sampai di negeri Sarawak, di mana orang ramai turut mengenali mereka berdua yang sering meminta wang di jalanan.
Video klip ini juga telah menarik perhatian ramai dan segelintir warganet turut mengenali mereka ketika kedua-dua ‘mat saleh’ ini berada di Semenanjung.
Netizen turut memberi komen mengenai video klip di Tiktok ini, mengatakan orang Malaysia terlalu baik untuk berkongsi rezeki pada ‘backpacker’ dan mudah berasa kasihan. Ada juga salah seorang netizen mengatakan pernah tumpangkan kenderaannya, daripada Miri hingga ke Bintulu, Sarawak. Ramai juga yang mengenali mereka kerana bertembung di sesetengah tempat di kawasan tersebut, dan reaksi mereka juga membuatkan warganet berasa ragu dengannya.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 39.8K penonton, 701 sukaan dan 110 komen.
Pemilik akaun ini juga menulius kapsyen seperti dibawah:
“Sampai Kuching dah, Orang Malaysia memang pemurah”
Baca lagi: “Benda Boleh Minta Maaf Yang Lari Kenapa”-Motosikal Langgar Lari, Ini Pula Reaksi Netizen
Baca lagi: Seorang Bayi Ini Telah Membuat Super Junior Mengalami ‘Baby Fever’
Lihat klip durasi pendek reaksi dua orang lelaki ‘mat saleh’ minta sedekah di jalanan:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Luffy(Yee): benda simple.mun mok nolong tolong la .mun x mok abaikan
@Lulubelle: Kita pergi tmt diaorang takda duit kita kerja berkuli, mrka dtg sini kita bg duit..kesedaran kesian sedekah biar bertmpat.. bgus bg anjing kucing mkn
@kurakur: aik msih blom balik jga kah , dulu pernah tumpang dari miri ke bntulu last last pergi mcmtu jak
@kikay beauty shop: iya , sampai situ sudah ,.. moga dipermudahkan . Amen
@Hansscwh: sabtu itu hari aku ada nampak mreka brdua ni dekat traffic light depan doremart bintulu
@AHAHAH: kalau sya bagi nombor kad along..biar dia senang ,bagi duit tda mampu bagi kad pinjaman wang tiada lsen ja la ada
@Larryzend: baru haritu saya nampak kat bintulu area trafiklight doremart
@Muhammad: sedekah ngn iklas dh…klu depa tpu…depa ngn tuhan..yg pnting niat sedekh ngn ikhlas
@p0kokMalaysia: dalam tiada duit, dari semenanjung pergi sabah lepas tu pergi sarawak
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram