Home Entertainment Meledak Pada Hari pertama Tayangan, 9 Filem Korea Ini Raih Kejayaan Besar

Meledak Pada Hari pertama Tayangan, 9 Filem Korea Ini Raih Kejayaan Besar

0

The Roundup: Punishment merupakan filem Korea Selatan yang paling meletup pada bulan April 2024. Pertama kali ditayangkan pada 24 April 2024, karya keempat siri filem The Roundup itu terus diserbu penonton di pawagam. Memang sudah dijangkakan, tiket untuk filem itu terjual lebih dari 800 ribu tiket pada hari pertama tayangannya di pawagam-pawagam seluruh Korea Selatan dan berjaya mengatasi filem Exhuma yang hanya terjual sebanyak 330 ribu tiket.

Angka penjualan tiket hari pertama filem The Roundup: Punishment ini juga kini merupakan jualan tiket yang paling banyak pada tahun 2024 setakat ini. Namun, angka jualan tiket yang diraih oleh filem Ma Dong Seok ini masih belum boleh mengatasi beberapa filem Korea lain yang terlebih dahulu ditayangkan sebelum ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut, mari sama-sama kita lihat dibawah senarai sembilan filem Korea dengan angka penjualan tiket hari pertama paling tinggi berikut ini!

 

Filem korea1. Mendapat perhatian yang sangat tinggi dan memang dinantikan, filem Korea Along with the Gods: The Last 49 Days (2018) menghasilkan penjualan tiket yang mencapai 1.24 juta pada hari pertama tayangan

 

 

ed429f05 2a5d 4e72 9d16 8488aaea9c212. The Battleship Island (2017) juga mendapat sambutan yang sangat baik. Pada hari pertama tayangan, filem Korea ini berjaya meraih penjualan tiket hingga 972 ribu tiket

 

 

 

2e4e82ab 3d25 493f bf2b 9235928b33cc3. Filem Korea Train to Busan (2016) dengan tema zombie yang mengerikan telah menarik 872 ribu penonton datang untuk menyerbu pawagam pada hari pertama tayangan

 

 

 

5d110bc1 19b7 42f9 9d65 60266741c4954. The Roundup: Punishment (2024) mengungguli kejayaan penjualan hari pertama seluruh siri filemnya dengan menarik seramai 821 ribu orang penonton

Baca juga: 4 Pelakon dalam Siri Filem The Roundup Bawa Watak Villain, Siapa Paling Jahat?

 

 

05a4a8b5 1af9 42a3 b0af 515ff5b8f0075. Namun, pencapaian The Roundup: No Way Out (2023) sebelum ini juga tidak kurang hebatnya. Penjualan tiket mencapai 740 ribu tiket semasa pertama kali ditayangkan

 

 

 

8ee20a7d b13a 46ba 8815 77d1bba3b1636. Menampilkan Song Kang Ho, filem Korea A Taxi Driver (2017) mengumpulkan 698 ribu penonton pada hari pertama tayangan dan jumlah penonton filem ini menembusi angka 12.18 juta penonton sepanjang tayangannya

 

 

ba43e67a eafc 474e 8545 ea49f40f5373

7. Rekod penjualan tiket 17 jutanya belum berjaya ditandingi oleh mana-mana filem, filem Korea The Admiral: Roaring Currents (2014) sudah popular sejak hari pertama tayangan dan terjual sebanyak 682 ribu tiket

 

 

 

IMG 57828. Snowpiercer (2013) yang menampilkan filem Hollywood, Chris Evans ini meraih penjualan tiket sebanyak 601 ribu semasa rasmi ditayangkan di pawagam

 

 

 

e41a1d20 7aa2 43a3 9092 73e341e4bb329. Gandingan antara Song Kang Ho dan pengarah Bong Joon Ho dalam filem Korea Parasite (2019) ini disambut dengan hangat oleh 568 ribu penonton pada hari pertama tayangannya

Pencapaian sembilan filem Korea di atas memang sangat membanggakan. Tidak termasuk filem The Roundup: Punishment yang baru sahaja ditayangkan, lapan buah filem lain tersebut berjaya melangkaui lebih dari lima juta hingga sepuluh juta penonton secara keseluruhan. Kita tunggu bagaimanakah pencapaian box office filem keempat The Roundup nanti ya.

Baca lagi: The Land of Happiness, Filem Terakhir Lee Sun Kyun, Bakal Tayang Ogos 2024
Baca juga: Kdrama Baru Knock Off, Menyaksikan Jo Bo Ah sebagai Cinta Pertama Kim Soo Hyun