Home Artis Korea Kwon Yool Memikat dalam My Sweet Mobster, Ini 5 Kdrama Popular Lakonannya

Kwon Yool Memikat dalam My Sweet Mobster, Ini 5 Kdrama Popular Lakonannya

0

Pada tahun 2024 ini, Kwon Yool merupakan salah seorang pelakon yang sangat produktif. Baru setengah tahun berlalu, tapi sudah ada tiga drama Korea yang dibintanginya.

Drama yang paling popular dilakonkan Kwon Yool pada tahun ini adalah Connection yang sudah menembusi rating dua digit. Dalam drama ini dia membawa watak sebagai pendakwa raya Park Tae-jin yang genius.

Baca lagi: 2 Episod Akhir Connection, 5 Persoalan Ini Perlu Dijelaskan Sebelum Tamat

Kwon Yool juga tampil memikat dalam drama yang masih ongoing iaitu drama komedi romantik yang bertajuk My Sweet Mobster. Kwon Yool juga kembali menjadi pendakwa raya dalam drama ini dengan membawa watak yang bernama Jang Hyeon-woo yang suka membantu kanak-kanak. Dalam drama ini, dia terlibat dalam cinta tiga segi dengan dua watak utama cerita ini.

Kwon Yool juga turut terlibat dalam drama yang sudah tamat iaitu Frankly Speaking. Namun dalam drama ini dia hanya menjadi pelakon undangan yang muncul dalam beberapa episod sahaja. Wataknya adalah seorang doktor yang bernama Kim Joo-ho.

Kwon Yool memulakan kerjaya dalam dunia lakonan melalui teater Carmen pada tahun 2001. Pelakon di bawah naungan Saram Entertainment ini mula debut dalam siri televisyen melalui drama komedi remaja Mackerel Run pada tahun 2007. Kwon Yool sudah membintangi lebih dari 30 siri drama, termasuk drama-drama yang dihasilkan lebih dari satu musim.

Berikut dibawah ini ialah lima drama yang paling popular yang pernah dibintangi oleh Kwon Yool.

 

1. Voice (2018-2025)

Kwon yoolKwon Yool telah berlakon dalam drama hit genre jenayah thriller ini sejak musim ke 2. Dia akan muncul lagi dalam Voice musim ke 5 yang dijangka akan ditayangkan pada tahun 2025 nanti. Dia masih akan membawa watak sebagai Bang Je-soo, watak psikopat yang menjadi musuh pasukan Golden Time, pasukan yang memburu para pembunuh bersiri.

Pelakon utama dalam siri ini adalah Lee Ha-na, Jang Hyuk (musim 1), Lee Jin-wook (musim 2-3), dan Song Seung-heon (musim 4). Voice musim 5 masih akan dibintangi oleh Lee Ha-na dan Song Seung-heon, ditambah dengan Son Eun-seo dan Kang Seung-yoon.

 

2. Bring It On, Ghost (2016)

e3adbd46 bd66 4786 895e f369aa12f877Drama Korea seram misteri dan komedi romantik ini menyaksikan Kwon Yool membawa watak antagonis bernama Joo Hye-sung. Dia adalah profesor termuda di sebuah kampus yang dirasuk roh jahat. Bring It On, Ghost adalah tentang Park Bong-pal (Ok Taecyeon), pelajar yang boleh mengusir syaitan. Dia memilih untuk hidup menyendiri. Namun suatu hari dia bertemu dengan Kim Hyun-ji (Kim So-hyun), pelajar sekolah yang boleh membantu dalam mengusir hantu.

 

3. Dali and the Cocky Prince (2021)

02c8609e 4549 464d 83ff 05e862e38f31Kwon Yool membawa watak sebagai Jang Tae-jin, seorang lelaki berjaya yang juga merupakan cinta pertama Dali (Park Gyu-young), watak utama wanita dalam siri ini. Dali adalah pengarah di sebuah muzium seni, Dali tidak pandai memasak. Semasa muzium yang diuruskannya mempunyai masalah kewangan, dia bertemu dengan Jin Moo-hak (Kim Min-jae), pengarah perniagaan makanan yang mempunyai banyak kepakaran. Pertemuan ini membawa mereka pada kisah cinta yang menarik.

 

4. Let’s Eat musim 2 (2015)

3e243d2f e49f 4205 93a4 ac506e2de1cbDrama Korea Let’s Eat musim ke 2 turut melonjakkan nama Kwon Yool ke dalam kancah industri televisyen. Dalam drama Korea komedi romantik ini, Kwon Yol menjadi Lee Sang-wu, seorang lelaki yang mempunyai masalah dengan makanan.

Dia juga adalah lelaki yang dikejar-kejar oleh Baek Su-ji (Seo Hyun-jin) yang menganggap bahawa Sang-wu adalah cinta sejatinya. Su-ji juga diintip oleh Goo Dae-young (Yoon Doo-joon), seorang penjual insuran yang datang dari daerah lain dan akhirnya menjadi jiran Su-ji di Seoul.

 

5. No, Thank You (2020-2022)

627cc8da fec3 4a42 a0b9 b77ce56a4ba7Dalam web siri drama keluarga ini, Kwon Yool merupakan seorang suami yang bernama Mu Gu-young. Dia adalah pekerja biasa yang beristerikan Min Sa-rin (Park ha-sun) dan mereka tinggal di rumah ibu bapa Gu-young. Inilah yang membuatkan Sa-rin sukar menyesuaikan diri di rumah mertuanya yang masih kuat menerapkan sistem patriarki.

Kehebatan Kwon Yool tidak perlu disangkal lagi. Merupakan salah seorang pelakon hebat dari Korea Selatan. Drama manakah yang anda paling sukai?

Baca lagi: Penuh Inspirasi, 13 Drama Korea Ini Tampilkan Kisah Tentang Keazaman Untuk Berjaya
Baca juga: 5 Perkara Menarik Tentang Uhm Tae Goo, Pelakon Kacak Bersuara Husky Sebagai Bekas Gangster dalam My Sweet Mobster