Memotong di selekoh sebenarnya adalah sangat berbahaya terutama jika keaddan cuaca tidak mengizinkan kerana berisiko berlakunya perkara yang tidak diingini.
Menerusi rakaman dashcam yang tular di tiktok @abglongcrayfish_cfmy dapat dilihat detik-detik sebuah kereta jenis Axia yang tergelincir kemudian terbabas di jalan raya. Puncanya adalah kerana kereta tersebut dilihat cuba memotong dengan laju dan ketika itu cuaca tidak menentu kerana hujan turun menyebabkan jalan ketika itu agak licin. Difahamkan kereta tersebut tidak melanggar kereta lain.
Jadi depan mata. Memotong terlampau laju kawasan selekoh. Tak salah nak potong tapi jangan terlampau gairah tekan minyak tu waktu hujan. Syukur tak melibatkan kenderaan lain dan harap owner tak apa apa.
Di ruangan komen ramai yang turut memberi nasihat berkaitan dengan kejadian tersebut.
“Jalan licin. Cara selamat waktu hujan kena slow. Check dekat bengkel eksiden. Kereta tayar mahal paling banyak total loss.”
“Aku paling seram kalau axia bwk laju cucuk2 time hujan dkt corner cmni, kereta tu dh la ringan ya Allah jgn la gitu”
“Selekoh ni mmg licin weh.. jalan x bsh pun licin ade penah tergolek jgk.. hati2 la bile lalu sini drive je slow2 lg2 yg kete ringan tu”
“please masa cornering jangan pijak brake. Brake sebelum corner”
“Sini memang tajam selekoh dia. Kena bawak lagi slow dari selekoh camni yg lain”
Kejadian berlaku di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Baca juga : Akibat Gagal Memotong, Tiga Pelajar Kolej Maut
Baca juga : “Nasib Tak Berdentum”-Rakaman Kereta Almera Mahu Memotong Gagal, Netizen Kaitkan Dgn Jatuh Cinta
Lihat rakaman dashcam di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@kiyitoKun : tengok wiper pun dah tahu hujan lebat, hati hati bang hm
@Hafizah Nor : Ada je org camni… hari hujan jalan licin tp dia punya nak laju sampai highbeem org depan…
@user4925335457800 : biasa la no plat tu suka wat hal
@lalathijau : sayangnyaaaa..x cukup laju tu, nak clim pon x berbaloi
@Atqh : Aku dah pernah rasa kereta berpusing camni sbb bawak laju. Semenjak tu time hujan je aku bawak lorong paling kiri pastu mmg slow la bwk.
@azrywrn_ : suspension torsion bar belakang+tayar std kilang+hujan mmg mendapat la. layan mcm corner f1
@TrainLux : Belum habis potong lagi boleh nampak tayar belakang dia dah hilang traction. Ni mesti x perasan apabila stereng dia jadi ringan semacam
@Schakamelia : Sama banyak kali terjadi depan mata. Lagi2 hujan2 ni slow la weh sikit
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram