Semalam kecoh di berita di mana dikatakan Menara Taming Sari tersangkut. Difahamkan seramai 36 pengunjung berdepan detik cemas apabila terperangkap selama sejam dalam pelantar berputar jenis gyro Menara Taming Sari di Bandar Hilir, Melaka, pada hari semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hanif Mustafa, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.58 petang sebelum tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian.
Katanya, kesemua pengunjung berjaya dikeluarkan ke tempat selamat tanpa sebarang kecederaan.
Beliau berkata masalah mekanikal menyebabkan kejadian itu dan pihak penyelenggaraan Menara Taming Sari menggunakan motor sokongan untuk menurunkan pelantar terbabit.
Seorang mangsa, Zuliani Zulkeple, 42, dari Bidong, Kedah, berkata, beliau bersama 13 ahli keluarganya termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun empat bulan, menaiki menara berkenaan pada jam 5.30 petang.
“Ketika berada di puncak, pelantar tersebut sempat berputar sebanyak dua kali sebelum tiba-tiba berhenti. Ketika itu saya ingatkan pelantar sengaja berhenti untuk memberi peluang kepada pelancong mengambil gambar.
“Bagaimanapun, pelantar tersebut berhenti sangat lama. Ada yang mula mengalami sesak nafas kerana kekurangan oksigen berikutan pelantar berkenaan hanya mempunyai satu pintu servis dan tidak bertingkap,” katanya, ketika dihubungi Bernama.
Zuliani, yang merupakan seorang jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani itu, berkata berikutan itu, ada pengunjung bertindak duduk berdekatan pintu servis bagi mendapatkan udara manakala yang semput dikipas oleh pengunjung lain.Beliau mendakwa pasukan penyelenggara berkenaan menaiki menara berkenaan dengan cara memanjat tali kabel kerana itu satu-satunya cara untuk naik ke platform tersebut. Setibanya di pelantar berkenaan, pasukan penyelenggara berkenaan menggerakkan platform tersebut secara manual untuk menurunkan semua mangsa.”Sebaik tiba di bawah, oleh kerana menara berkenaan tidak mempunyai kuasa elektrik, pihak bomba bertindak memecahkan kunci pintu bagi membolehkan semua mangsa keluar daripada menara berkenaan,” dakwanya.
“Kira-kira sejam kami semua terperangkap di dalam pelantar berkenaan sehingga berjaya keluar pada jam 6.30 petang,” katanya.
“Sebanyak 36 pengunjung terbabit dalam kejadian itu membabitkan 26 dewasa, lapan kanak-kanak, seorang warga emas dan seorang orang kurang upaya (OKU),” katanya.
Lihat rakaman yang diambil oleh orang awam di instagram :
https://www.instagram.com/reel/CuOIC0sLKpj/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Lihat juga komen netizen :
@Syahmi : tahun lepas kami 1 keluarga cuba nk naik, tapi under maintenance…mmg kerap rosak ke apa??
@izzara140407 : dh 2x naik, alhamdulillah xde ape2..suka tgk view melaka bile smpi atas tu..
@yantzullkotadsara : 1/7 ..10 pm kami naik nasib x jd apa2.. syukur pd Nya..
@Ketoprak Pedas : Allahu Akbar.. Masya Allah..Baru berlaku ke? Cuaca sdg panas..Harap tk de yg kena Heatstroke
@Mia : haritu aku pergi melaka elok jer ..ni dh sangkut itu aku dh mula x sedap hati
@scha : cm mne trun manual tu.. ada ke video.. asben suka sgt ajak naik klau jln kt melaka tu.. pas nie xnk aihh naik.. risauu
@Sepu Pull : aku pernah naik skli wktu kerja di melaka dulu, lama dah, mengigil kaki sbb lama x naik melibatkan ketinggian, tgk video ni lg rasa seriau
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok, Instagram dan Twitter @Amlamnnn