Baru-baru ini pada 30 September, rancangan bual bicara popular Lee Young Ji, My Alcohol Diary, yang juga dikenali sebagai No Prepare, telah berkongsi kompilasi klip yang belum dikeluarkan dan yang melibatkan tetamu dari episod mereka sebelum ini.
Khususnya, satu klip yang belum ditayangkan adalah semasa HyunA membuat penampilan sebagai tetamu jemputan pada 19 Ogos lalu telah dikongsi. Semasa penampilannya pada masa itu, HyunA dan Lee Young Ji berseronok sambil berbual santai tentang pelbagai topik dalam rancangan itu.
Pada masa itu, kedua-duanya ada bercakap tentang kebaikan dan keburukan memakai alat solek, di mana HyunA mendedahkan bahawa dia sebenarnya tidak memakai makeup apabila dia pergi dating untuk pertama kali dengan tunangnya, Dawn – dan dia mempunyai sebab yang menarik.
Pada mulanya, HyunA bertanya kepada Lee Young Ji di sebalik sebab pemilihan fesyennya di rancangan itu, kerana penyanyi rap itu biasanya berpakaian agak eksentrik. Lee Young Ji kemudian memberitahu bahawa dia cuba memadankan vibe aesthetic daripada lagu HyunA dan Dawn “Ping Pong.”
Hyuna kemudian bertanya tentang pakaiannya apabila tetamu lelaki datang, yang Lee Young Ji kemudian menerangkan, “Saya tidak mahu kecantikan saya mengganggu mereka daripada membuat keputusan yang betul, jadi saya berjumpa mereka tanpa [memakai] sebarang solekan.”
Baca lagi: Akui Meminati Ahli NCT Ini, Lee Young ji Akhirnya Berjumpa Dengan ‘Cinta Hatinya’
Baca lagi: HyunA & Dawn Tinggalkan P NATION
Mendengar ini, HyunA serta-merta bersetuju dan berkongsi pengalaman yang sama dengan tidak bersolek, terutamanya apabila pergi dating.
Dia berkata, “Apabila saya bercinta dengan seseorang, saya selalu… sebelum bercinta dengan Dawn… Kali pertama dating, saya selalu pergi tanpa [memakai] alat solek,” sambil menambah yang dia juga tidak akan memakainya untuk ‘dating’ yang seterusnya.
Dia kemudian menjelaskan alasannya di sebalik ini, mengatakan bahawa jika dia tidak memakai sebarang makeup, ia akan merendahkan sedikit jangkaan daripada si lelaki terhadapnya dan dia akan kelihatan lebih cantik jika dia memakai makeup (pada waktu yang tertentu sahaja).”
“Sebab selepas saya merendahkan jangkaannya (diri yang sebenar) dan kemudian menunjukkan kecantikan saya (dengan makeup), saya akan kelihatan lebih cantik kepadanya!” Kata HyunA.
Nampaknya alasan di sebalik HyunA tidak bersolek ketika dating adalah idea yang bijak, kerana kita boleh tengok sama ada orang itu benar-benar berminat dengan kita atau melihat paras rupa sahaja.
Apa pendapat anda tentang alasan HyunA ini?