Home Artis Korea Mengapa Hyun Bin dan Son Ye Jin Hadiahkan Daging Untuk Jiran?

Mengapa Hyun Bin dan Son Ye Jin Hadiahkan Daging Untuk Jiran?

0

Hyun Bin dan Son Ye Jin dikenali dengan sikapnya yang baik di dunia hiburan Korea Selatan. Kedua-duanya telah dikurniakan anak pertama mereka pada November 2022 lalu dan mendapat banyak ucapan tahniah dari netizen.

Pasangan hits yang membintangi Crash Landing on You ini kembali viral selepas berita mereka mengagihkan set daging lembu kepada jiran tetangga. Jom kita lihat cerita selengkapnya di bawah ini!

1. Hyun Bin dan Son Ye Jin minta izin untuk ubah suai rumah

Hyun bin
Hyun Bin dan Son Ye Jin kini sedang melakukan proses ubah suai tempat tinggal mereka. Undang-undang perumahan di Korea Selatan cukup ketat jika berkaitan dengan membuat bising atau apa-apa kekacauan sewaktu proses ubah suai rumah.

Hyun-bin dan Ye Jin turut meminta izin daripada jiran tetangga mereka untuk melakukan proses ubah suai tersebut. Secara khas, Hyun-bin hadir secara langsung untuk bertemu para jiran tetangga untuk memberikan hadiah satu set daging lembu Korea yang dikenali cukup mahal di sana.

2. Salah seorang jiran tetangga Hyun Bin dan Ye Jin berkongsi kisahnya

6bbc7833 53a2 49d7 8d67 fa8be1ea6262
Khabar tersebut juga memang bermula dari hantaran salah seorang jiran tetangga mereka di laman Instagram. Namun sayangnya, jiran tersebut tiada di rumah sewaktu Hyun-bin memberikan daging tersebut.

“Pelakon paling diminati di dunia datang ke rumah dengan membawa hadiah sewaktu saya keluar sekejap sahaja,” tulis jiran tersebut dipetik dari portal KBIZoom.

3. Jiran tersebut bahkan tidak mengetahui terdapat proses ubah suai di rumah Binjin Couple tersebut

235ee32a b029 419f 9843 35a6f9a0e713
Tidak disangka-sangka, ternyata sebenarnya tidak ada sebarang bunyi bising yang mengganggu dari rumah pasangan hits tersebut. Netizen semakin terpukau dengan sikap sopan Hyun-bin dan Son Ye Jin.

“Saya langsung tidak tahu bahawa ada ubah suai bangunan di sekitar kawasan kejiranan, tetapi mereka secara peribadi datang ke rumah dan bertanya adakah (proses ubah suai) itu mengganggu dan bising serta memberi kami hadiah. Mereka juga menunjukkan sikap yang sopan sebelum pulang,” tambah jiran tersebut.

Pasangan Hyun Bin dan Son Ye Jin nampaknya menuai banyak pujian atas sikap baik mereka. Warganet juga beramai-ramai ingin menjadi jiran kepada BinJin Couple agar rumah mereka boleh dilawati oleh pasangan glamor itu dan mendapat hadiah daging Korea. Anda mahu menjadi jiran Hyun Bin dan Son Ye Jin juga?

Baca lagi: Menang Daesang, Song Hye Kyo Bangga Dengan Kerja Kerasnya
Baca juga: 10 Fakta Kampung Jangjin-ri, Asal-Usul Roh Jahat Dalam “Revenat”, Wujud Sejak 600 Tahun Lalu