Home News Mengapa Orang Korea Makan Sup Rumpai Laut Setiap Kali Hari Jadi

Mengapa Orang Korea Makan Sup Rumpai Laut Setiap Kali Hari Jadi

0

Buat peminat K-drama, pasti anda sering nampak hidangan miyeokguk (sup rumpai laut) semasa adegan sambut hari jadi.

H4pGKJ7

Menurut laman Korea.net, penyediaannya cukup ringkas iaitu rumpai laut, kicap, minyak bijan, garam dan air yang diperlukan sebagai bahan-bahan. Boleh juga ditambah protein seperti daging, ikan dan kerangan.

Gajami miyeok guk 1 1

Namun dari mana datangnya tradisi Korea ini?

Sup rumpai laut pada hari ulang tahun kelahiran ini berakar daripada satu lagi budaya Korea iaitu semasa berpantang, di mana wanita Korea selalu makan sup itu selepas melahirkan anak.

Menurut rekod daripada kerajaan China purba, Dinasti Tang, amalan ini bermula sejak Dinasti Goryeo di Korea. Pada zaman itu, orang Korea memerhati ikan paus makan rumpai laut selepas melahirkan anak. Berinspirasi daripada itu, para wanita pun ikut cara ikan paus tersebut.

Sei whale mother and calf Christin Khan NOAA1 1

Kaitan legenda ikan paus dengan memakan miyeokguk dalam sejarah Korea ini turut diceritakan oleh seorang cendekiawan dinasti Joseon, Yi Gyu Gyeong.

Menurut Gwangju Daily News, Yi menulis tentang seorang lelaki di laut yang ditelan oleh ikan paus yang baru lepas beranak.

Di dalam perut ikan paus itu, lelaki tersebut perhatikan ada banyak rumpai laut. Perut ikan paus itu digambarkan berdarah merah gelap, beku dan kotor jadi rumpai laut bantu membersihkannya.

Jadi selepas keluar dari perut paus, lelaki itu memberitahu satu kampung bahawa rumpai laut berkesan dalam proses penyembuhan selepas bersalin.

Kini miyeokguk menjadi sajian tradisi yang sinonim dengan simbol kelahiran dan diet wajib untuk wanita berpantang. Selain itu, memakan miyeokguk juga sebagai tanda peringatan dan penghormatan kepada ibu yang berjerih perih melahirkan dan berpantang bagi membawa anak ke alam dunia ini.

Sumber: [1], [2]