Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!
Drama Stealer: The Treasure Keeper mula ditayangkan pada Rabu 12 April 2023 di tvN dan Viu. Drama siri ini menyajikan kisah tentang Skunk iaitu seorang pencuri khazanah warisan negara.
Baca Lagi: Stealer: The Treasure Keeper Kdrama Terbaru Dengan Aksi Mencuri Menghiburkan
Skunk kadang-kadang agak kelam kabut dan diibaratkan seperti Deadpool versi Korea. Jom sama-sama kita lihat 5 sebab mengapa Skunk Stealer: The Treasure Keeper (2023) perlu dibantu oleh pihak polis:
1. Skunk yang kelam kabut hanya bertindak sendirian di lapangan
Skunk (Joo Won) selama ini adalah Hwang Dae Myung, yang juga merupakan pegawai kerajaan. Bermulanya dia menjadi Skunk kerana pihak polis tidak mampu membantunya untuk mencari khazanah warisan budaya yang dicuri.
Pada epilog episod 2, Stealer: The Treasure Keeper (2023) menunjukkan aksi pertama Skunk mencuri khazanah warisan budaya. Dalam salah satu adegan, Lee Chun Ja (Choi Hwa Jung) memberi isyarat bahawa Hwang Dae Myung dahulu adalah seorang ejen. Disebabkan sifatnya yang cukup huru hara dan tergopoh galah dan mirip Deadpool, adalah lebih baik jika Skunk mempunya seorang rakan subahat di lapangan. Bagaimana pendapat anda?
2. Sebenarnya Skunk dibantu oleh Lee Chun Ja
Sebenarnya Skunk tidak benar-benar beraksi sendiri. Dia dibantu oleh Lee Chun Ja yang bertanggung jawab sebagai hacker. Seandainya Lee Chun Ja tidak boleh membantunya, Skunk perlu beraksi sendiri. Tentu sahaja tugasnya untuk mendapatkan kembali khazanah budaya akan lebih berbahaya.
3. Pasukan Warisan Budaya bakal membantu aksi Skunk di lapangan supaya lebih mudah
Pada babak “after credit” episod 2, Jang Tae In (Jo Han Chul) yang merupakan kapten pasukan Warisan Budaya berkata bahawa dirinya mencari Skunk bukan untuk ditangkap. Sepertinya, Kapten Jang ingin mengajak Skunk untuk bekerjasama.
Selama ini, Skunk selalu mengirimkan barangan yang dicuri kepada Kapten Jang. Kapten Jang dan Choi Min Woo (Lee Joo Woo) juga seolah-olah akan mengetahui identiti sebenar Skunk. Skunk, Lee Chun Ja, dan pasukan Warisan Budaya pasti akan menunjukkan kerjasama yang sempurna.
4. Skunk juga sering terlepas dari cengkaman pihak polis
Skunk menjadi salah seorang pencuri yang dicari oleh pihak polis. Sayangnya, pihak polis tidak pernah menemukan bukti yang mengarah kepada Hwang Dae Myung. Aksi Hwang Dae Myung sebagai Skunk selalu sempurna. Hanya satu perkara yang pihak polis temui, iaitu bau menyengat dari cairan yang dibuat oleh Hwang Dae Myung. Cairan tersebut dapat menjaga warisan budaya yang dicuri Skunk tidak supaya tidak mudah rosak.
Jika pihak polis membantu Skunk, dia tidak perlu lagi melakukan aksi secara sembunyi-sembunyi. Selain itu, Skunk juga akan terhindar dari hukuman.
5. Skunk akan bertemu lawan yang lebih kejam pada masa depan
Baru dua episod ditayangkan, penonton sudah dikejutkan dengan karakter villain yang akan menjadi musuh Skunk. Dia adalah Jo Huin Dal (Kim Jae Chul). Jo Huin Dal digambarkan sebagai salah seorang pencuri yang handal dan berhati kejam. Dia tidak teragak-agak untuk membunuh sasarannya. Dia melakukan pembunuhan supaya tidak ada saksi mata yang melihat dirinya. Kemungkinan besar, Jo Huin Dal akan menjadi musuh yang amat sukar bagi Skunk. Akhirmya, Skunk dan pihak polis pasti akan bekerjasama untuk menangkap Jo Huin Dal.
Aksi Joo Won sebagai Skunk dalam drama siri Stealer: The Treasure Keeper (2023) dirasakan sangat segar dan juga menarik. Anda rasa lebih baik Skunk beraksi sendirian atau dibantu oleh pasukan Warisan Budaya?
Baca Juga: Stealer: The Treasure Keeper Kdrama Terbaru Joo Won